Harian Metro

CITIZENS HARAP TUAH

- AFP

Manchester, England

Jose Mourinho mengakui saingan merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris sudah berakhir buat pasukannya selepas Manchester City mengatasi Manchester United 2-1, awal pagi semalam.

City mencipta jurang 11 mata untuk selesa mendahului pencabar utamanya itu selepas jaringan Nicolas Otamendi pada babak kedua sekali gus

membolehka­n pelawat

London: Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris meminta jawapan daripada Manchester United dan Manchester City semalam berikutan laporan insiden pergaduhan yang menyebabka­n penolong jurulatih City, Mikel Arteta berdarah.

Akhbar Guardian melaporkan Arteta berdarah di mukanya berikutan pergaduhan membabitka­n 20 pemain mencipta rekod 14 kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana.

Pengendali United, Mourinho berasakan pasukan kendalian Guardiola bergantung kepada tuah di Old Trafford ketika Ander Herrera terjatuh selepas dikasari Otamendi dan tuan rumah mendakwa mereka layak mendapat sepakan penalti.

Namun beliau mengakui seteru lamanya, Guardiola amat bernasib baik untuk memacu City memenangi gelaran musim ini.

Selepas perlawanan itu berakhir, Mourinho berkata: “Mungkin, ya’.

“Saya cukup yakin semua orang akan berjuang untuk mendapatka­n mata dan merapatkan jurang, tapi kelebihan adalah satu perkara yang cukup baik.

“Manchester City pasukan yang amat baik dan mereka dilindungi dengan tuah dan tuhan bola sepak di belakang mereka.

“Mereka amat bertuah dan keputusan memihak mereka hampir sepanjang masa.”

Mourinho amat berang dengan keputusan pengadil, Michael Oliver kerana tidak menghadiah­kan sepakan penalti susulan asakan Otamendi terhadap Herrera.

“Reaksi pertama saya adalah berasa kasihan kepada

 Mourinho anggap trofi liga makin jauh buat United selepas tewas kepada City

Michael Oliver kerana beliau mengadili dengan cukup baik, tapi beliau membuat satu kesilapan penting,” katanya.

“Keputusan dibuat dengan tidak memberikan sepakan penalti. Sepatutnya 2-2 ketika perlawanan berbaki 20 minit. Ia satu kesilapan besar.”

Mourinho juga tidak berpuas hati dengan pertahanan United yang gagal menghalang gol itu.

“Mereka menjaringk­an dua gol yang agak sukar dipercayai. Dua gol yang teruk,” katanya.

“Adakah kami melakukan secukupnya untuk memenangi perlawanan ini? Ia bergantung kepada perspektif anda. Mereka mengawal lebih banyak bola kerana mereka memegang bola lebih lama berbanding kami.”

 ?? Jose Mourinho ?? MARCUS Rashford tenang ledak gol United.
MOURINHO Manchester City pasukan yang amat baik dan mereka dilindungi dengan tuah dan tuhan bola sepak di belakang mereka. Mereka amat bertuah dan keputusan memihak mereka hampir sepanjang masa”
Jose Mourinho MARCUS Rashford tenang ledak gol United. MOURINHO Manchester City pasukan yang amat baik dan mereka dilindungi dengan tuah dan tuhan bola sepak di belakang mereka. Mereka amat bertuah dan keputusan memihak mereka hampir sepanjang masa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia