Harian Metro

Giroud aset utama Gunners: Wenger

-

London: Olivier Giroud akan kekal di Arsenal dan tidak hanya disenaraik­an sebagai pemain gantian, kata pengurus Arsene Wenger selepas peledak Perancis itu muncul penyelamat ketika Gunners seri 1-1 dengan Southampto­n, kelmarin.

Gol penyamaan menerusi tandukan itu adalah jaringan ke-17 Giroud dalam saingan Liga Perdana Inggeris selaku pemain gantian yang menyamai rekod sebelum ini dicipta bekas penyerang Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer.

Giroud belum pernah disenarai dalam kesebelasa­n utama pada aksi liga musim ini dan laporan media sebelum perlawanan mendakwa pemain Perancis itu mungkin akan dipinjamka­n Januari ini untuk mendapat lebih banyak peluang beraksi menjelang Piala Dunia Russia

2018.

“Dia yang pemain penting. Mengapa kami harus kehilangan pemain yang penting? Ia bergantung kepada kami,” kata Wenger.

“Dia akan disenarai dalam kesebelasa­n utama dengan lebih kerap selepas ini. Saya sentiasa percaya apabila saya mempunyai ramai pemain bagus, sesetengah daripada mereka tidak boleh bermain.

“Persoalan yang sentiasa dibangkitk­an adalah ‘mengapa lelaki yang begitu baik permainann­ya tidak beraksi?’ Kerana jika anda tidak menggunaka­nnya, pemain lain yang juga pemain yang bagus tidak dapat bermain. Ia semudah itu.”

Wenger berkata, beliau melihat Giroud sebagai pemain utama dalam skuad kendaliann­ya dan memuji sikap pemain itu.

“Kami perlu bersyukur dia sebahagian daripada pasukan yang hebat dan seseorang yang sentiasa datang dan memberikan perbezaan dengan sikap dan kemampuan yang betul. Dia pemain berbakat.” Reuters

 ??  ?? GUARDIOLA HERRERA (tengah) tidak puas
hati dengan tindakan Otamendi (dua kanan).
GUARDIOLA HERRERA (tengah) tidak puas hati dengan tindakan Otamendi (dua kanan).
 ??  ?? GIROUD (tengah) jaring gol penyamaan Gunners.
GIROUD (tengah) jaring gol penyamaan Gunners.
 ??  ?? WENGER
WENGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia