Harian Metro

Tak kisah gilir pemain

-

“Musim lalu juga sama, kami menang di sini dan sekali lagi pengadil (disalahkan). Hari ini juga sama. Semalam saya bercakap mengenai pengadil,” kata Guardiola. “Kami pasukan yang jujur. Kami memiliki 75 peratus penguasaan bola, yang menunjukka­n kami mahu bermain. Kami datang ke sini dan melakukann­ya.”

Kelebihan besar City di tangga teratas liga menjadikan mereka calon terbaik untuk menjuarai gelaran musim ini. Namun Guardiola enggan terbawa-bawa dengan kelebihan itu dan memberi amaran kepada pemainnya supaya jangan berhenti bermimpi menjulang trofi kerana tidak mudah untuk mengharung­i jadual pada musim sejuk. - AFP Liverpool, England: Bos Liverpool, Juergen Klopp mempertaha­nkan polisi penggilira­n pemainnya selepas pertemuan musuh setempat Merseyside dengan Everton berakhir mengecewak­an 1-1, kelmarin.

Mohamed Salah meletakkan Liverpool di depan dengan penyudah cantik tetapi Toffees kemudian dianugerah sepakan penalti pada lewat babak kedua apabila Dejan Lovren menjatuhka­n Dominic Calvert-Lewin.

Bekas penyerang Manchester United, Wayne Rooney menyempurn­akan sepakan penalti itu - gol pertamanya dalam enam penampilan tetangga Merseyside - bagi memastikan skuad kendalian Sam Allardyce berkongsi satu mata di Anfield.

Pada perlawanan itu, Klopp merehatkan dua tonggak Brazil, Philippe Coutinho dan Roberto Firmino di bangku simpanan dan sekalipun dimasukkan pada babak kedua, tiada apa yang dapat dilakukan untuk mengubah keputusan.

Pengendali dari Jerman itu berkata, beliau membuat keputusan yang tepat.

“Pandangan saya sebelum perlawanan, ya. Selepas perlawanan, masih lagi ya,” kata Klopp. “Sekalipun keputusan tidak menunjukka­nnya. Saya berkata sebelum ini yang kami boleh mengubah perlawanan sebanyak yang mungkin apabila kami menang perlawanan.

“Sekalipun kami tidak me- nang, saya bertanggun­gjawab. Saya tiada masalah dengannya. Pemain yang beraksi berada dalam keadaan cergas dan bekerja keras. Ia perlawanan musuh setempat dan pertarunga­n hebat.” - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia