Harian Metro

‘Semuanya dah jadi abu...’

-

Sarikei: “Sedih mengenangk­an pakaian dan peralatan sekolah anak menjadi abu, malah lebih perit apabila saya sekeluarga kini hilang tempat tinggal,” kata Nor Atikah Abdullah, 37.

Wanita berkenaan adalah penyewa rumah yang musnah dalam kebakaran di Taman Century di Jalan Masjid Baru, di sini, kirakira jam 10 pagi semalam.

Menurutnya, dia hanya mengetahui rumah didiaminya sejak tujuh tahun lalu terbakar selepas menerima panggilan daripada jiran yang memintanya pulang dengan segera.

“Saya bersama suami serta dua anak ke Hospital Sarikei, pagi tadi (semalam) untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

“Namun, ketika membeli barang keperluan, jiran menghubung­i bagi memaklumka­n rumah terbakar sebelum saya sekeluarga bergegas pulang untuk menyelamat­kan harta benda,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, sebaik tiba api marak membakar struktur rumah menyebabka­n dia dan suami serta jiran gagal menyelamat­kan barang dan dokumen peribadi.

Katanya, dia masih trauma, namun bersyukur kerana rumah berkenaan kosong ketika kejadian walaupun barang berharga termasuk dokumen peribadi dan kelengkapa­n persekolah­an anak musnah.

“Tak dapat bayangkan jika kebakaran berlaku ketika kami sekeluarga berada di rumah yang mungkin menyebabka­n saya serta suami dan anak lelaki berusia 11 dan lapan bulan tidak dapat menyelamat­kan diri.

“Saya akan tinggal sementara waktu di rumah keluarga terdekat sebelum mencari rumah sewa lain,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.01 pagi sebelum 13 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei dan BBP Bintangor dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setakat ini, punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? API marak membakar struktur rumah.
API marak membakar struktur rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia