Harian Metro

Kenyang dalam sangkar

 Tedung selar baham dua burung peliharaan

- Recqueal Raimi am@hmetro.com.my

Seorang pesara guru terkejut apabila burung jenis Budgerigar dan anaknya yang dipelihara­nya dibaham seekor ular tedung selar di rumahnya di Kampung Lintuhan Matan di sini, semalam.

Lelaki berkenaan yang mahu dikenali sebagai Chue, 74, berkata, dia tidak menyangka burung itu dan anaknya dibaham ular walaupun sangkarnya berada di kedudukan tinggi.

“Saya menyangkut sangkar itu pada papan siling di hadapan rumah. Namun, sebaik keluar rumah jam 1.30 tengah hari tadi (semalam) untuk bermain dengan burung itu, saya terkejut apabila mendapatin­ya hilang dan hanya ada ular dalam keadaan kekenyanga­n,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, dia membeli burung itu di luar negara tahun lalu ketika melancong bersama keluarga.

“Saya membeli burung itu pada harga RM140 seekor dan menjaganya dengan baik kerana warna serta perwatakan burung itu kerap menghiburk­an kami. Saya tidak menyangka ular itu boleh menjalar pada dinding batu sebelum masuk ke dalam sangkar melalui celah dawai,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel Mohd Izaimi Md Daud berkata, sepasukan anggota diketuai Ajunin Hailin bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 1.45 tengah hari.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota APM mendapati ular tedung selar sepanjang dua meter dengan berat dua kilogram berada di dalam sangkar dan operasi menangkap ular berkenaan terus dilakukan. Haiwan berbisa itu berjaya ditangkap tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA APM menangkap ular tedung selar yang membaham dua burung Budgerigar (gambar kecil) di Kampung Lintuhan, semalam.
ANGGOTA APM menangkap ular tedung selar yang membaham dua burung Budgerigar (gambar kecil) di Kampung Lintuhan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia