Harian Metro

2,935 penyata GST-03 belum dikembalik­an semula

-

Kinabalu: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pendaftar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) di negeri ini berikutan 2,935 bilangan penyata GST-03 belum dikembalik­an semula.

Pengarah JKDM negeri Datuk Hamzah Sundang berkata, 89,791 bilangan penyata GST-03 direkodkan di negeri ini sehingga Oktober lalu.

“Daripada jumlah itu, 3,587 bilangan penyata GST diserahkan di luar tempoh yang ditetapkan, manakala 2,935 bilangan penyata GST-03 masih belum diserahkan.

“Justeru, pendaftar GST perlu mengemukak­an bilangan penyata GST-03 dalam tempoh sepatutnya bagi mengelak diambil tindakan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pelancaran Program Duta GST peringkat negeri, semalam.

Hadir sama, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI) Datuk Michael Lui Yen Sang.

Katanya, pihaknya mendapati terdapat hampir 25,000 pendaftar GST di negeri ini dan ada peningkata­n dalam jumlah pungutan GST daripada pendaftar pada tahun ini.

“Walaupun ada segelintir pemain industri dan peniaga masih kurang faham mengenai perundanga­n GST kerana ia baru saja dilaksanak­an, jumlah yang dikutip semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata, program Duta GST baru kali pertama dilaksanak­an dan diharap dapat mengurangk­an jurang pemahaman ahli perniagaan mengenai cukai berkenaan di samping mengurangk­an kesilapan yang dibuat mengenai cukai terbabit, sebelum ini.

“Program ini bertujuan meningkatk­an tahap pematuhan pendaftar GST terhadap kewajipan mengeluark­an invois cukai, penyimpana­n rekod, pengikrara­n Penyata GST-03 yang betul, penyerahan penyata GST dan pembayaran cukai mengikut tempoh yang ditetapkan,” katanya.

 ??  ?? HAMZAH (tengah) menerima cenderahat­i daripada Michael Lui (dua dari kiri) di Majlis Perasmian Pelancaran Program Duta GST.
HAMZAH (tengah) menerima cenderahat­i daripada Michael Lui (dua dari kiri) di Majlis Perasmian Pelancaran Program Duta GST.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia