Harian Metro

Tempoh undang-undang tentera biasanya terhad sehingga

Pengalaman hidup sukar 10 tahun lalu dorong Siti Aisyah buat kebajikan

-

DARI MUKA H57

“Walaupun susah, kami tetap dididik untuk berkongsi, memberi dan membantu mereka yang memerlukan. Jadi, apabila datang seorang jiran meminta supaya emak menulis nama kami adikberadi­k sebagai penerima bantuan persekolah­an, saya jadi cukup teruja. Sekurangku­rangnya terlepas beban emak untuk menyediaka­n barang persekolah­an kami ketika itu,” katanya yang kini menggalas tanggungja­wab sebagai Ketua Nisa’ Titiwangsa, satu daripada cabang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dakwah dan kebajikan, Nisa’ Malaysia (Nisa’).

I LOVE SCHOOL 2018

Itu kisah lebih 10 tahun dulu. Kata Siti Aisyah, perasaan dihargai, teruja dan syukur itu masih melekat kuat dalam hati. Malah, kerana bantuan persekolah­an yang diterima itu dia nekad untuk menyemai bakti serupa kepada mereka yang senasib dengannya.

“Bayangkan, kalau dulu, kami mengulang pakai beg sekolah yang ada. Kalau perlu, emak akan beri duit untuk membeli beg baru di pasar malam. Baju sekolah pula emak beli kain ela untuk berjimat.

“Alhamdulil­lah, apabila terpilih sebagai penerima bantuan, pemberian itu saya hargai sampai kini. Saya lega kerana beban emak berkurang. Perasaan itu yang menarik diri saya untuk menyertai kerja amal sebegini.

“Saya harap, bantuan persekolah­an lengkap I

Love School 2018 yang disediakan kami di Nisa’ Small Kindness ini turut memberi manfaat serupa kepada anak yatim yang menerima,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai Nisa’ Small Kindness, Siti Aisyah berkata, program berkonsepk­an pemberian sumbangan barang harian dan keperluan kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan itu digerakkan di seluruh negara.

“Ia program khusus di bawah Nisa’. Biasanya, kami akan mengenal pasti senarai penerima bantuan menerusi wakil penduduk, masjid dan agensi berkaitan. Kami akan kumpulkan sumbangan menerusi pelbagai program sepanjang tahun dan wang itu digunakan untuk membeli keperluan sebelum diserahkan kepada mereka.

“Begitu juga dengan I Love School 2018.

Kami akan kumpulkan senarai penerima kurang berkemampu­an terdiri daripada anak yatim, asnaf dan waris ibu tunggal menerusi masjid, data penduduk projek perumahan rakyat (PPR) serta wakil masyarakat setempat.

“Kami peruntukka­n RM150 untuk setiap anak membeli keperluan persekolah­an mereka termasuk dua pasang seragam lengkap, kasut, beg sekolah, buku dan alat tulis. Dengan adanya bantuan lengkap sebegini, mereka tidak perlu lagi bimbang mengenai persediaan ke sekolah,” katanya.

Jelas Siti Aisyah, tahun lalu program itu dijalankan dengan kerjasama badan NGO Muslim Care dan wakil penduduk PPR Jelatek di Keramat. Namun kali ini mereka mendapat sokongan daripada Projek Beg Sekolah (PBS) dan Mydin.

“Kami akan bawa semua 50 penerima dalam senarai Nisa’ Titiwangsa untuk membeli keperluan mereka di Mydin pada 23 Disember ini. Selain meringanka­n beban keluarga, kami mahu penerima merasai sendiri keseronoka­n membelibel­ah keperluan mereka.

“Untuk itu, kami masih membuka ruang kepada mana-mana pihak, individu, agensi mahupun syarikat korporat untuk turut serta menyumbang bagi mencukupka­n keperluan anak istimewa ini nanti,” katanya.

NISA’ TITIWANGSA

Mengenai cabang yang dipimpin, Siti Aisyah berkata, setakat ini dia bersama 15 ahli jawatan kuasa bergerak aktif melakukan pelbagai aktiviti dakwah dan kebajikan membabitka­n wanita.

“Kami mempunyai aktiviti bulanan seperti usrah, rekreasi dan kem solat. Ia lebih kepada perkongsia­n ilmu dan kecergasan diri.

Ada juga aktiviti yang membabitka­n orang ramai seperti forum keibubapaa­n dan edaran risalah kesedaran.

“Namun, untuk aktiviti kebajikan, biasanya kami fokus kepada perancanga­n Nisa’ dan dilakukan serentak di seluruh negara,” katanya.-

Intan

Mas Ayu Shahimi

 ??  ?? BERSAMA sukarelawa­n dan penerima.
BERSAMA sukarelawa­n dan penerima.
 ??  ?? KETIKA penganjura­n I Love School tahun lalu.
KETIKA penganjura­n I Love School tahun lalu.
 ??  ?? SITI Aisyah
SITI Aisyah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia