Harian Metro

SUAMI ISTERI ‘MAIN’ ARANG

Pasangan bekas chef korban kerjaya teruskan legasi keluarga

- Siti Nadzirah Che Mud

Machangam@hmetro.com.my

Biarpun pembuatan arang dianggap bukan perusahaan popular, ia masih memberi pulangan tinggi berikutan permintaan yang tidak pernah berkuranga­n.

Bagi Mohd Saidi Abd Kadir, 40, dari Kampung Kemahang, Labok di sini, menjadi satu-satunya pengusaha tunggal membuat arang kayu di daerah ini.

Katanya, walaupun terdapat pelbagai peralatan memasak terkini dan produk berteknolo­gi, arang tetap dicari pengguna yang memerlukan­nya sebagai bahan bakar semula jadi.

“Pembuatan arang ini tiada kos besar atau rugi kerana sering mendapat permintaan tinggi daripada pembekal kedai runcit serta pengusaha makanan.

“Kebanyakan arang yang sudah siap akan diambil pembeli dan pembekal yang biasa dengan kami. Jadi, soal pemasaran tidak menjadi masalah buat kami dengan adanya pelanggan setia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Menurutnya, pendapatan

bersih hasil perusahaan itu mencecah RM3,000 sebulan daripada jualan arang serendah RM1.60 sepaket.

Bercerita mengenai pembabitan awal dalam buatan produk itu, Mohd Saidi berkata, dia mengusahak­an pembuatan arang sejak 10 tahun lalu bersama isterinya, Siti Zulaiha Mat Zin, 32.

Katanya, mereka berdua mengorbank­an kerjaya sebagai chef di hotel di ibu negara demi keluarga, sebelum kedua-duanya meneruskan legasi keluarga yang membuat dan menjual arang.

“Sebelum ini, saya dan isteri adalah tukang masak di sebuah hotel di ibu negara sebelum kami buat keputusan berhenti dan pulang ke kampung untuk menjaga ibu mentua yang ketika itu sedang sakit.

“Memandangk­an tiada pekerjaan, saya kemudian mengambil keputusan untuk menyambung warisan membuat arang daripada arwah datuk dan dia lah yang banyak memberi tunjuk ajar mengenai proses pembuatan arang,” katanya.

Kini, mereka memiliki lima gok

(relau) yang

masing-masing mampu memuatkan empat tan kayu getah atau pelbagai kayu terbuang untuk diproses menjadi arang. Ia akan dimasak selama kira-kira 10 hari.

“Gok berbentuk iglu diperbuat daripada batu-bata dan tanah lumpur yang mampu menyerap suhu api tinggi semasa proses pembakaran malah mampu bertahan sehingga 10 tahun.

“Ada tiga peringkat proses pembuatan arang yang akan memakan masa iaitu bermula daripada pembakaran api besar, api kecil dan penyejukan yang memerlukan ketelitian tinggi,” katanya.

Bapa empat anak itu berkata, membakar kayu memerlukan ketekunan dan kerja yang teliti kerana ia memerlukan pengawasan hampir sepanjang masa, malah semua kerja dijalankan pula adalah secara manual tanpa bantuan mesin moden.

“Membuat arang bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila semuanya masih menggunaka­n kaedah tradisiona­l dengan mengekalka­n petua warisan keluarga kami.

“Kekurangan pekerja menjadi cabaran besar terutama ketika proses pembungkus­an kerana kudrat dan tenaga manusia lebih banyak dikerah ketika proses pembuatan.

“Saya pula tidak mempunyai pekerja tetap. Kadang kala sekitar empat orang saja kerana proses untuk menghasilk­an arang rumit. Untuk proses pembungkus­an pula saya terpaksa mengambil pekerja dari Bachok,” katanya.

Setiap bulan, dia mampu mengeluark­an kira-kira 800 paket arang bagi setiap gok (relau) bagaimanap­un, jumlah itu masih tidak dapat menampung permintaan tinggi daripada pelanggan terutama apabila Ramadan dan musim perayaan.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Saidi mengisi arang yang telah siap dibakar ke dalam guni untuk dijual di sekitar Machang.
MOHD Saidi mengisi arang yang telah siap dibakar ke dalam guni untuk dijual di sekitar Machang.
 ??  ?? MOHD Saidi dan isterinya menunjukka­n proses pembakaran arang
kayu.
MOHD Saidi dan isterinya menunjukka­n proses pembakaran arang kayu.
 ??  ?? MOHD Saidi memeriksa keadaan jumlah kayu yang diperolehi sebelum melakukan kerja-kerja proses pembakaran.
MOHD Saidi memeriksa keadaan jumlah kayu yang diperolehi sebelum melakukan kerja-kerja proses pembakaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia