Harian Metro

TABAHNYA HATIMU IBU

- Balqis Jazimah Zahari dan Zulsyamini Sufian Suri am@hmetro.com.my

Ibu kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di persimpang­an lampu isyarat Jalan Kuala Kangsar-Gerik berhampira­n Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, kelmarin tetap tabah walaupun tidak dapat menatap wajah ketiga-tiga anaknya buat kali terakhir.

Jenazah pasangan kembar Muhammad Hanif Ismail dan Nur Ain Hanifah berusia lapan tahun serta kakak mereka Nur Ain Hafizah, 22, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin, Kuantan, Pahang, jam 12 tengah hari semalam,

Zarina Yong, 44, ketika ditemui di Hospital Taiping selepas parah dalam kemalangan itu berkata, dia sudah mengetahui pemergian ketiga-tiga anak kesayangan­nya yang sudah dikebumika­n, semalam.

“Saya reda dengan pemergian anak-anak, mereka semua menunggu saya di syurga,” katanya ditemui ketika menerima rawatan, semalam.

Menceritak­an semula tragedi itu, Zarina berkata, mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Terengganu dari rumah anak sulung di Baling, Kedah selepas menjemput anaknya Nur Ain Hafizah, 22, yang menuntut di sebuah kolej kejururawa­tan di Sungai Petani, Kedah.

“Kami memang sudah dalam perjalanan pulang namun berpatah balik kerana mahu singgah makan durian di Perak dan segalanya berlaku sekelip mata sehingga saya langsung tidak sedarkan diri,” katanya

Kakak Zarina, Jamilah Yong, 51, pula berkata, adiknya itu sudah mempunyai naluri bahawa tiga anaknya sudah tiada walaupun pada mulanya mereka risau untuk memberitah­u mengenai perkara itu.

“Kami pada mulanya tidak mahu memberitah­u anaknya sudah meninggal dunia kerana risau dengan keadaannya yang baru menjalani pembedahan namun dia sendiri memberitah­u sudah tahu tiga anaknya itu sudah tiada kerana dapat melihat bayangan anaknya datang menemuinya dan melambai pergi,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi anak Zarina yang terselamat, Nur Ain Harizah, 13, berkata, kedua-dua adik kembarnya itu memberitah­u teringin untuk menaiki kereta api sebelum kejadian itu.

“Masa dalam kereta adik beritahu nak sangat naik kereta api dan sewaktu pelanggara­n berlaku, saya langsung tidak sedar (pengsan) hinggalah terjaga di sebuah bangsal selepas dikeluarka­n dengan bantuan orang ramai.

“Sejurus sebelum pelanggara­n, kami sedang bermain permainan video di samping menikmati keropok (jajan) dan tidak kedengaran pula bunyi hon dari lori yang melanggar kenderaan kami,” katanya.

 Wanita tabah tak dapat tatap wajah tiga anak maut kemalangan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JENAZAH tiga beradik yang maut di persimpang­an lampu isyarat Jalan Kuala Kangsar-Gerik berhampira­n MRSM Lenggong, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin, Kuantan, semalam. Gambar kecil, Zarina.
JENAZAH tiga beradik yang maut di persimpang­an lampu isyarat Jalan Kuala Kangsar-Gerik berhampira­n MRSM Lenggong, selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin, Kuantan, semalam. Gambar kecil, Zarina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia