Harian Metro

Penyamun pecah pasar raya, ikat 3 pengawal keselamata­n

-

Nilai: Lima jam tempoh menyeksaka­n bagi tiga pengawal keselamata­n yang diikat empat penyamun dipercayai warga Myanmar dan Vietnam sebelum diselamatk­an dalam kejadian samun di kedai emas dan farmasi di Bandar Baru Nilai, semalam.

Ketiga-tiga pengawal keselamata­n ditemui dalam keadaan tangan terikat pada jam 6.20 pagi oleh seorang lelaki sebelum menghubung­i polis.

Ketua Polis Daerah Nilai Superinten­dan Zaldino Zaludin berkata, dalam kejadian jam 2 pagi, keempat-empat suspek bertopeng dan bersenjata­kan parang memasuki bangunan yang turut menempatka­n pasar raya dengan memanjat pagar belakang.

Beliau berkata, suspek menahan tiga pengawal keselamata­n yang bertugas di pintu hadapan lalu membawa mereka ke dalam pasar raya.

“Suspek mengikat tangan dan kaki pengawal keselamata­n dengan tali nilon. Pada masa sama, suspek memecahkan pintu kedai emas.

“Sebaik memecah peti besi, suspek melarikan wang tunai serta barang kemas namun jumlahnya belum dipastikan,” katanya.

Zaldino berkata, siasatan mendapati suspek turut merosakkan dan melarikan alat perakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai emas terbabit.

“Kejadian disedari empat jam kemudian apabila pekerja tiba di lokasi dan menemui pengawal keselamata­n dalam keadaan terikat. Lelaki itu segera menghubung­i polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini meneliti rakaman CCTV di bangunan itu bagi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana merompak.

 ??  ?? KEDAI emas yang menjadi sasaran penyamun.
KEDAI emas yang menjadi sasaran penyamun.
 ??  ?? PINTU premis farmasi yang dipecah masuk perompak. semalam.
PINTU premis farmasi yang dipecah masuk perompak. semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia