Harian Metro

Pegawai imigresen bersekongk­ol di KLIA kena tangkap

-

Putrajaya: Jabatan Imigresen sudah menahan pegawainya yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) selepas disyaki bersekongk­ol dalam isu pembolosan warga Bangladesh didedahkan Harian Metro, Khamis lalu.

Bagaimanap­un, Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Mustafar Ali enggan mendedahka­n bilangan pegawai yang ditahan serta maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan.

“Apa yang pasti, tindakan sudah diambil dengan menahan pegawai terbabit dan mereka masih ditahan di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut.

“Jika terbukti mereka terbabit dalam sebarang pelanggara­n integriti, tindakan tegas dikenakan termasuk buang kerja bergantung kepada sejauh mana pembabitan mereka dalam perkara ini,” katanya pada sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Imigresen di sini, semalam.

Khamis lalu, Harian Metro mendedahka­n buruh haram warga Bangladesh diseludup masuk ke negara ini melalui KLIA setiap hari diuruskan empat sindiket besar beroperasi di

Dhaka, Bangladesh selain di ibu kota.

Sindiket terbabit dikatakan mampu mendapat laba RM5.2 juta setahun dengan mengenakan bayaran RM15,000 ke RM20,000 seorang termasuk wang ‘pelincir’ kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai Jabatan Imigresen serta pihak Kedutaan Malaysia di Dhaka.

Pada masa sama, Mustafar berkata, beliau sudah berbincang bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berhubung pendedahan yang dibuat akhbar ini dan tindakan lanjut juga dilakukan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jabatan Imigresen mengambil tindakan dalaman namun kita tidak mahu mendedahka­nnya secara spesifik,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, satu pasukan khas sudah dihantar ke Bangladesh Ahad lalu bagi melakukan tindakan semakan tertentu.

“Apabila dikatakan ada pembolosan ini, dalang di luar melakukann­ya untuk mengaut keuntungan dan imbuhan manakala dalang di dalam, pasti kita ambil tindakan.

“Justeru, beberapa tindakan semakan yang memerlukan penelitian lanjut dibuat di KLIA dan di negara berkenaan, malah tindakan bersama PDRM akan diteruskan,” katanya.

Sementara itu, Mustafar berkata, mulai tahun depan, permohonan permit khas pembantu rumah asing boleh dibuat daripada Jabatan Imigresen melalui sistem dalam talian.

Katanya, ia dibuat secara terus tanpa melalui orang tengah serta dijangka mengambil tempoh tujuh hingga 16 hari.

Berhubung Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI (Rehiring) yang tamat pada 31 Disember ini, beliau menegaskan ia tidak akan dilanjutka­n.

Apa yang pasti, tindakan sudah

diambil

Mustafar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia