Harian Metro

Tiket konsert Dayang Nurfaizah habis dijual

-

Kuala Lumpur: Tiket menyaksika­n konsert sulung penyanyi Dayang Nurfaizah di Singapura pada 1 Januari depan, habis dijual, semalam.

Berita gembira itu dikongsi Dayang di laman Instagram miliknya dan mengucapka­n syukur atas sokongan peminat.

Katanya, apabila penganjur mengumumka­n tiket konsert sulungnya di Dewan Esplanade habis dijual, ia membakar semangatny­a untuk memberikan yang terbaik malam itu.

“Alhamdulli­lah dan terima kasih kepada peminat tidak kira di Singapura dan di tanah air yang membeli tiket. Saya berasa teruja untuk hiburkan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Dayang yang menang Vokal Terbaik di Anugerah

Juara Lagu (AJL) tiga tahun berturut-turut lebih tersentuh hati apabila tiket paling mahal iaitu RM257 habis dijual lebih dulu. Begitu juga tiket RM196, RM139 dan RM75.

“Mereka yang memiliki tiket paling mahal berpeluang bertemu dan bermesra dengan saya selepas konsert,” katanya.

Mengenai persediaan membabitka­n konsert yang berbaki tiga minggu lagi, kata Dayang setakat ini dia mengadakan latihan bersama pengarah muzik, Jenny Chin.

“Latihan bersama pemuzik bermula pada 22 Disember tetapi tidak semuanya. Latihan penuh bermula 27 Disember,” katanya.

Dalam konsert tahun baru itu, Dayang bakal menyanyi lagu popular yang pernah menjuarai carta tempatan dan luar negara seperti Di Pintu Syurga, Lelaki Teragung dan Seandainya

Masih Ada

Cinta.

Pasangan bahagia, Rozita Che Wan dan Zain Saidin memilih Dubai, Abu Dhabi sebagai lokasi percutian sempena ulang tahun perkahwina­n keempat mereka.

Rozita atau Che Ta berkata, sempena ulang tahun perkahwina­n ini tidak ada hadiah istimewa melainkan percutian bersama suami.

“Sama seperti tahun sebelumnya, kami pergi bercuti. Cuma kali ini masa tak panjang kerana saya masih terikat dengan penggambar­an program Cuit Cuit Che Ta.

“Kalau ikutkan, Zain tidak suka sangat bercuti, tapi disebabkan ulang tahun perkahwina­n, nampaknya ada juga alasan untuk kami ke luar negara,” katanya kepada Harian Metro.

Che Ta juga menerima hadiah

 ??  ?? DAYANG
DAYANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia