Harian Metro

Alvin nafi ‘songsang’

-

Kuala Lumpur: “Kalau ada bukti saya mengamalka­n hidup songsang atau mencintai kaum sejenis, sila tunjukkan,” kata pelakon Alvin Chong mengenai dakwaan dirinya gay.

Alvin, 26, berkata, dia juga tidak ada masalah untuk berdepan dengan individu atau pihak yang menyebarka­n cerita negatif mengenai dirinya.

Katanya, ini juga bukan pertama kali dia diajukan persoalan sebegini.

“Sudah banyak kali sehingga saya naik malas melayan isu ini. Jangan disebabkan belum ada kekasih, mereka melabel saya begitu.

“Kalau nak kata sebab saya berwajah jambu, ini bukan saya yang pilih,” katanya.

Apa pun kata Alvin, dakwaan dilemparka­n itu tidak sedikit pun mematahkan semangatny­a untuk memberi yang terbaik buat peminat.

Malah Alvin menegaskan kepada agar berhenti bercakap sesuatu yang tidak berfaedah.

“Kalau tiada perkara bagus nak diperkatak­an, lebih baik diam. Lagi pula sekarang dunia banyak perkara buruk dan negatif. Jadi, saya cuba untuk jadikan dunia lebih baik.

“Fokus saya sekarang mahu buat yang terbaik untuk peminat. Bagi yang tak sokong saya, tidak mengapa. Harap suatu hari nanti meraka sukakan saya. Saya tak boleh puaskan hati semua orang,” katanya.

Pelakon drama Awak Sayang Saya Tak? ini baru muncul dengan single

Mencintaim­u yang menjadi lagu tema drama

Dalam masa sama, Alvin baru selesai menjayakan penggambar­an muzik video lagu duet bersama Janna Nick, Aku Kamu.

 ??  ?? ALVIN
ALVIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia