Harian Metro

PENGALAMAN BARU

 Pengunjung teruja melihat pembanguna­n Malaysia dipamer dengan menggunaka­n teknologi terkini

- Mohd Wahyuddin Jamil Khair am@hmetro.com.my

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada kerajaan kerana menganjurk­an expo sebegini yang jelas memberi manfaat dan kelainan kepada pengunjung,” kata pengunjung Expo Negaraku 2017, Amir Akram, 45.

Amir yang berasal dari Kuala Terengganu, mengunjung­i ekspo yang berbaki beberapa hari lagi sebelum melabuhkan tirainya minggu ini.

Kata Amir, penggunaan teknologi tinggi dan menarik jelas memberikan pengalaman baru kepada pengunjung.

“Saya tertarik untuk melihat penggunaan teknologi canggih dalam ekspo ini bagi mewujudkan semangat cinta akan negara,” katanya yang ditemui semalam.

Katanya, masyarakat perlu sedar bahawa negara sudah banyak mengalami perubahan.

“Saya dapat melihat keterujaan generasi muda ketika mereka melihat pameran telefon rumah yang berkemungk­inan besar jarang digunakan lagi pada masa kini, berikutan perubahan teknologi yang membuatkan mereka beralih kepada telefon pintar dan sebagainya.

“Jadi secara tidak langsung itulah manfaat yang diperoleh daripada ekspo sebegini kerana mereka dapat mengetahui serba sedikit mengenai perkara pada zaman sebelumnya,” katanya.

Rata-rata pengunjung berharap agar ekspo berkenaan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Seorang lagi pengunjung dari

Sungai Petani, Kedah, Bakri Omar, 54, berkata, ekspo sebegini tidak harus berhenti dianjurkan dan perlu diperluask­an lagi.

“Perlu diperluask­an ke seluruh negara kerana ia bakal memudahkan lagi pelbagai lapisan masyarakat mengunjung­i di kawasan masing-masing.

“Selain itu, ekspo sebegini juga membolehka­n masyarakat bersama-sama merasai pengalaman dalam proses pembanguna­n negara,” katanya.

Ekspo berkenaan menyediaka­n lima tarikan kubah gergasi yang setiap satunya memberi gambaran dan maklumat prasarana semasa dan bakal dibina dalam negara pada masa akan datang.

 ?? Amir Akram ?? KANAK-kanak tidak melepaskan peluang mencuba tarikan di Expo Negaraku. PENGUNJUNG melihat keunikan di Expo Negaraku, Dataran Merdeka. Saya dapat melihat keterujaan generasi muda ketika mereka melihat pameran telefon rumah yang berkemungk­inan besar...
Amir Akram KANAK-kanak tidak melepaskan peluang mencuba tarikan di Expo Negaraku. PENGUNJUNG melihat keunikan di Expo Negaraku, Dataran Merdeka. Saya dapat melihat keterujaan generasi muda ketika mereka melihat pameran telefon rumah yang berkemungk­inan besar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia