Harian Metro

UMT raih tiga anugerah di SIIF 2017

-

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mencatat sejarah apabila berjaya meraih tiga anugerah di Seoul Internatio­nal Invention Fair (SIIF) 2017 yang diadakan di COEX Korea Exhibition Centre di Seoul, Korea pada 30 November hingga 3 Disember lalu.

Produk inovasi teknologi hijau bagi pengurusan udang dalam industri akuakultur yang dipanggil Rapid Biofloc ciptaan Penyelidik UMT Dr Azman Kasan dari Institut Akuakultur Tropika meraih pingat emas.

Produk Marine Nanopartic­le Reducing Agent atau MARNO yang digunakan untuk produk penjagaan diri dan kosmetik hasil ciptaan diketuai Dr Wan Ilyani Wan Ismail dari Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA) pula dinobatkan sebagai pemenang pingat gangsa.

Ciptaan produk inovasi Stingless Bee Pollinatio­n untuk tingkatkan produktivi­ti pertanian termasuk pendebunga­an dalam rumah fertigasi yang diketuai Prof Madya Dr Wahizatul Afzan Azmi pula menerima Anugerah Khas daripada Lebanese Innovation Associatio­n.

Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, dia berbangga dengan pencapaian yang diperoleh UMT dalam SIIF 2017 itu.

“Kejayaan itu membuktika­n kemajuan UMT di dalam bidang penyelidik­an dan inovasi sekali gus mendapat penghargaa­n di peringkat antarabang­sa.

“Difahamkan pertanding­an ciptaan tahunan yang dianjurkan oleh Korea Invention Promotion Associatio­n (KIPA) itu disertai lebih 20 negara seluruh dunia dan kemenangan ini sungguh bermakna kepada UMT,” katanya.

 ??  ?? PENYELIDIK UMT dengan anugerah yang diterima di SIIF 2017.
PENYELIDIK UMT dengan anugerah yang diterima di SIIF 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia