Harian Metro

‘Ecah dah buat terbaik’

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

 Gadis putus kaki anggap peluang sertai pertanding­an di Dubai bermakna walaupun tewas

“Walaupun saya tewas, dari satu aspek saya berjaya menaikkan semangat diri untuk bertanding dengan peserta dari luar negara,” kata Siti Nuraisyah Shahrin, 14, atau Ecah yang putus kedua-dua kaki akibat digilis lori, 18 Januari tahun lalu.

Ecah kini berada di Dubai menyertai pertanding­an Asian Paralympic Committee yang berlangsun­g dari 8 hingga 14 Disember.

Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, Sungai Besar itu menyertai pertanding­an angkat berat kategori bawah 50 kilogram (kg).

Menurut Ecah, sepanjang kejohanan itu dia menemui ramai atlet dari pelbagai negara dan ia pengalaman yang unik serta menarik.

“Saya melakukan yang terbaik namun tidak berjaya, saya bersyukur dapat menyertai kejohanan ini.

“Ini kali pertama saya menyertai pertanding­an di peringkat antarabang­sa dan pelbagai perasaan bermain di fikiran ketika ini,” katanya yang ditemani jurulatihn­ya, Muhammad Nor Arif Abdullah.

Begitupun Ecah berkata, perbezaan makanan menyebabka­n dia tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya ketika bertanding.

“Meskipun tidak membawa pulang sebarang pingat, pendedahan ini sangat bermakna bagi saya.

“Terima kasih kepada semua terutama keluarga, rakan serta mereka yang menghulurk­an sumbangan untuk saya menyertai kejohanan ini,” katanya yang berharap dapat menyertai pelbagai lagi kejohanan sukan angkat berat untuk memantapka­n diri selepas ini.

Sementara itu, bapa tirinya, Roslan Sardi, 41, berkata, dia dan isteri, Maimunah Md Razali, 49, reda dan bersyukur walaupun Ecah tidak berjaya dalam kejohanan berkenaan.

Katanya, Ecah melakukan yang terbaik dan berharap dapat menyertai pelbagai kejohanan lain akan datang.

“Kami tahu Ecah berusaha sedaya upaya dan ini satu permulaan yang baik kerana ini kali pertama Ecah bertanding di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Roslan turut mengucapka­n terima kasih kepada pelbagai pihak termasuk Majlis Sukan Negara (MSN) yang membantu merealisas­ikan impian Ecah untuk bertanding di Dubai.

“Terima kasih juga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Zohdi, pemilik restoran D’Tandoori serta orang persendiri­an yang menyumbang masing-masing RM1,000 kepada Ecah,” katanya.

 ??  ?? ECAH bersama atlet lain sebelum bertolak ke Dubai Jumaat lalu.
ECAH bersama atlet lain sebelum bertolak ke Dubai Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia