Harian Metro

Wanita tertekan terjun sungai

-

Klang: “Sebelum kejadian, kakak ipar hubungi saya dan beritahu dia berada di Jambatan Connaught. Kemudian dia memaklumka­n dia tertekan dan mahu terjun ke sungai sebelum talian diputuskan,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Surya, 30, adik ipar kepada wanita yang terjun ke Sungai Klang di sini, semalam.

Wanita itu yang berusia 38 tahun dan pemilik salun di Kampung Jawa, dekat sini, terjun ke sungai berkenaan dipercayai mengalami masalah tekanan perasaan.

Suami wanita itu kini berada di Penjara Sungai Buloh dan mereka mempunyai tiga anak dengan dua daripadany­a menghidap sindrom Down.

Surya berkata, dia sepatutnya berjumpa kakak iparnya malam kelmarin ketika singgah di rumahnya untuk menjenguk anaknya yang dihantar ke situ.

“Ketika itu saya mandi dan dia lihat anak dia sekejap sebelum pulang ke rumah. Dia turut memaklumka­n mahu datang pagi ini (semalam) untuk membawa kami bersiar-siar.

“Namun pagi tadi (semalam), dia hubungi saya dan memberitah­u mahu terjun ke sungai,” katanya ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Dalam pada itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada jam 7.30 pagi yang memaklumka­n kejadian terbabit.

Katanya, Perodua Alza merah yang dipandu wanita itu diparkir di bahu jalan jambatan itu, manakala kuncinya diletak di bawah kereta.

“Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan dan ia perlu dilakukan dengan berhati-hati berikutan terdapat buaya di sungai ini,” katanya.

 ??  ?? KERETA dipandu wanita itu diparkir di bahu jalan jambatan.
KERETA dipandu wanita itu diparkir di bahu jalan jambatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia