Harian Metro

‘Dia nak dengar suara saya dulu’

-

Taiping: Isteri kepada Ismail Yaacob, 53, yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Taiping (HT), di sini, awal pagi semalam sempat bertemu suami sebelum arwah menghembus nafas terakhir.

Zarina Yong, 44, sempat bertemu 10 minit sebelum suami Ismail Yaacub, 53, disahkan meninggal dunia jam 1.40 pagi semalam ketika dirawat di Hospital Taiping (HT).

“Syukur saya sempat bertemu dan melihat wajahnya buat kali terakhir sebelum suami menghembus­kan nafas terakhir,” katanya ketika ditemui di HT semalam.

Allahyarha­m Ismail, meninggal dunia selepas dua hari bertarung nyawa susulan parah akibat kemalangan di persimpang­an lampu isyarat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong di Jalan Kuala Kangsar-Gerik Ahad lalu.

Kemalangan jam 11 pagi itu turut mengakibat­kan tiga

“Ketika melihat wajah suami saya berbisik ke telinganya supaya terus kuat”

Zarina

anaknya iaitu pasangan kembar Muhammad Hanif dan Nur Ain Hanifah serta Nur Ain Hafizah, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Zarina yang cedera dalam kemalangan masih dirawat di hospital dan menurutnya dia sudah bersedia serta reda dengan pemergian suami.

Katanya, doktor yang bertugas menemuinya awal pagi semalam dan memintanya agar berjumpa suami.

“Ketika melihat wajah suami saya berbisik ke telinganya supaya terus kuat.

“Wajahnya tenang dan saya nampak dia mengerak-gerakkan kelopak matanya, mungkin dia mahu mendengar suara saya sebelum pergi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia