Harian Metro

8 bulan cipta rekod

- Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

 Pak Tam Harmoni Kelab hasil alas meja kait sepanjang 783m

Lapan bulan masa diambil dan akhirnya mencatat nama dalam

(MBOR).

Itu pencapaian 78 peserta dari seluruh Malaysia termasuk 62 daripada Pak Tam Harmoni Kelab yang menghasilk­an alas meja kait sepanjang 783 meter.

Tulang belakang kepada kejayaan itu adalah A Shukor Ismail, 67, atau Pak Tam yang mengetuai projek itu.

Menurut Pak Tam, dia bersama 62 ahli kelab dan 16 lagi individu termasuk usahawan kraf memulakan projek itu sejak Mac lalu.

“Pak Tam Harmoni Kelab ditubuhkan awal tahun lalu dengan ahlinya tiga lelaki dan 59 wanita yang berusia antara 27 danj 67 tahun.

“Sejak 15 Mac, saya bersama ahli kelab dan peserta lain mula mengait alas meja untuk mencatat nama dalam MBOR sekali gus mencipta sejarah baru dalam bidang jahitan di negara ini,” katanya.

Menurutnya, mereka mengait alas meja terpanjang yang disiapkan dalam tempoh lapan bulan.

“Pada 25 November lalu, Kraftangan Malaysia menganjurk­an Festival Kraf Antarabang­sa Kuala Lumpur 2017, jadi kami mengambil peluang menyertai festival itu dengan mempamerka­n hasil kerja kami seraya mencatat nama dalam MBOR di Dataran Putrajaya,” katanya.

Pak Tam berkata, dia meminati bidang jahitan sejak zaman kanak-kanak lagi.

“Ketika kecil, arwah nenek minta Pak Tam bantu dia mengait. Dia (nenek) campak jarum dan benang terlerai, Pak Tam kait satu per satu dan terfikir kenapa nenek leraikan begitu kerana susah nak kait,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA bersama alas meja kait yang dihasilkan.
PESERTA bersama alas meja kait yang dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia