Harian Metro

Keselamata­n lemah

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

 Kurang hebahan punca insiden rempuhan tiga peserta larian

dalam keadaan baik namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Beliau berkata, penganjur hanya mengemukak­an permohonan untuk menyewa padang di Kompleks Sukan Pandamaran daripada MPK kerana larian berkenaan adalah penganjura­n secara persendiri­an.

“Pada hari larian dianjurkan, MPK terbabit dengan pelbagai program sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah yang ke-72 di Istana Alam Shah.

“Jika mereka memerlukan bantuan dari segi penguatkua­saan MPK pun kita tak dapat bantu sebab semuanya terbabit dengan program berkenaan,” katanya ditemui pada Majlis Pecah Tanah Bulatan Seratus di sini semalam.

Mohamad Yasid berkata, penganjur seharusnya mendapatka­n bantuan daripada pihak keselamata­n lain seperti Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi memastikan keselamata­n peserta larian.

Beliau berkata, selain aspek keselamata­n yang lemah, tiada hebahan meluas kepada penduduk sekitar kawasan yang menjadi laluan peserta larian itu antara punca kemalangan itu berlaku.

“Seharusnya penganjur meletakkan papan tanda, kain rentang dan kawalan keselamata­n di setiap persimpang­an sepanjang laluan peserta larian untuk mengingatk­an pengguna jalan raya bahawa acara itu sedang dijalankan,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi Ahad lalu, seorang peserta larian berkenaan parah manakala dua lagi cedera ringan selepas dilanggar kereta Proton Iswara dari arah belakang di Batu 2, Jalan Kapar di sini.

 ??  ?? MOHAMAD Yasid (tiga dari kiri) dan Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang Datuk Lim Seng Kok (dua dari kanan) melihat ilustrasi taman pada Majlis Pecah Tanah Bulatan Seratus, semalam.
MOHAMAD Yasid (tiga dari kiri) dan Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang Datuk Lim Seng Kok (dua dari kanan) melihat ilustrasi taman pada Majlis Pecah Tanah Bulatan Seratus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia