Harian Metro

Dua kenderaan pecah cermin

-

Hanya dalam tempoh sejam, dua cermin kenderaan dipecah oleh dua suspek yang menunggang motosikal, sekali gus menyebabka­n kerugian ribuan ringgit dalam kejadian berasingan di Jalan Tun Razak dan Bulatan Kampung Pandan, di sini, kelmarin.

Modus operandi suspek begitu mudah apabila mensasarka­n mangsa yang memberhent­ikan kenderaan ketika lampu isyarat bertukar merah sebelum memecah cermin di bahagian penumpang hadapan.

Menurut sumber polis, kejadian pertama berlaku jam 10 malam apabila mangsa yang memandu kereta berhenti di Bulatan Kampung Pandan untuk pulang ke rumahnya di Ampang Utama, di sini.

“Secara tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang­i dua lelaki berusia 20-an berhenti lalu memecahkan cermin penumpang hadapan sebelum melarikan beg yang mengandung­i barangan berharga.

“Mangsa berusia 46 tahun dan bekerja sebagai pengurus tidak mampu berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu cepat, sekali gus menyebabka­nnya kerugian hampir RM10,000,” katanya.

Kawalan keselamata­n yang lemah didakwa menjadi punca insiden rempuhan tiga peserta larian Klang City Internatio­nal Marathon di Jalan Kapar Batu 2, di sini, Ahad lalu.

Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Klang (MPK) Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, tanggungja­wab penganjur adalah memastikan kawalan keselamata­n peserta

Kajang: Tiga individu termasuk seorang wanita cedera dalam kemalangan membabitka­n lima kereta dan dua motosikal di Jalan Saujana Impian, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, lima kereta yang terbabit dalam kemalangan berkenaan adalah Honda City, Proton Saga BLM, Proton Wira Aeroback, Toyota Vios dan Naza Citra selain dua motosikal.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, kemalangan berlaku apabila dua kereta dari arah ibu kota menghala ke Semenyih, di sini, berlanggar sebelum kedua-dua kenderaan itu terbabas dan masuk ke laluan bertentang­an.

“Kedua-dua kereta itu kemudian dilanggar tiga kereta lain dan dua motosikal di laluan bersebelah­an akibat tidak sempat

“Akibat kemalangan itu, seorang pemandu patah tiga jari

mengelak. kaki kanan, selain seorang wanita yang juga penumpang kereta mengalami gegaran otak dan seorang penunggang motosikal retak tulang paha kanan dan patah tulang rusuk,” katanya.

Katanya, semua mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? KERETA mangsa yang remuk akibat kemalangan di Jalan Saujana Impian, Kajang, kelmarin
KERETA mangsa yang remuk akibat kemalangan di Jalan Saujana Impian, Kajang, kelmarin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia