Harian Metro

Medan utama jana dana

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

 SIX platform pembayaran berasaskan impak perkukuh budaya inovasi

Sosial Impact Exchange (SIX) akan menjadi platform pembayaran berasaskan impak untuk memperkuku­hkan lagi budaya inovasi di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, SIX yang diwujudkan di bawah Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) bakal menjadi medan utama untuk menjana dana bagi organisasi berkaitan sosial (SPO) dan projek pengantara­an.

“Ia direka untuk selari dengan bursa saham tradisiona­l. Inisiatif ini akan dilaksanak­an bersama Agensi Inovasi Malaysia dan MaGIC di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Ia sebahagian daripada inisiatif yang dilaksanak­an kerajaan sejak saya mengambil alih jawatan pada 2009,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Komuniti Keusahawan­an Global (GEC) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Eksekutif MaGIC Ashran Ghazi.

Tahun lalu, Najib mengumumka­n dua inisiatif untuk pembanguna­n inovasi sosial di bawah MaGIC.

Sebanyak 44 syarikat mengambil bahagian secara kolektif dan berjaya meraih RM3 juta sejak dilancarka­n pada September lalu.

 ??  ?? NAJIB dan Ahmad Zahid bersama penerima Anugerah Global Blue Ocean Shift di KLCC, semalam.
NAJIB dan Ahmad Zahid bersama penerima Anugerah Global Blue Ocean Shift di KLCC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia