Harian Metro

Dunia Islam tertumpu ke Istanbul

-

dunia, terutama negara Islam kini tertumpu di Istanbul, lokasi Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai konflik terkini Palestin-Israel berikutan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ibu kota Israel menggantik­an Tel Aviv.

Umat Islam juga menaruh harapan tinggi hasil sidang kemuncak yang dihadiri pemimpin 57 negara anggota ini.

Bukan saja umat Islam, malah masyarakat dunia atas nama kemanusiaa­n juga menunggu kandungan Deklarasi Istanbul yang dijangka diumumkan petang esok waktu Turki.

Pemimpin negara OIC akan berkumpul di Lutfi Kirdar Congress Center dalam persidanga­n dicetuskan Presiden Recep Tayyip Erdogan yang juga Pengerusi OIC itu dengan harapan mencapai kata sepakat menangani isu yang mendapat bantahan dan kecaman seluruh dunia, khususnya umat Islam.

OIC secara rasmi menyokong pembentuka­n dua negara selaras ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung konflik Palestin-Israel, tetapi tindakan Presiden Donald Trump menyatakan sokongan dan mengarahka­n kedutaan AS berpindah ke Baitulmaqd­is menimbulka­n konflik baru, ketegangan dan membangkit­kan kemarahan umat Islam serta menjejaska­n pelan damai yang telah terlalu lama tanpa penyelesai­an.

Menurut kenyataan media OIC, pegawai kanan dan Majlis Menteri Luar OIC akan duduk semeja hari ini dan pagi esok untuk mencapai kata sepakat mengenainy­a dan membincang­kan kesan tindakan AS itu yang kemudian diputuskan ketua negara dan ketua kerajaan untuk dijadikan ketetapan OIC.

Antara yang dibincangk­an ialah kesan daripada segi perundanga­n, status politik dan sejarah berikutan ‘penaklukan’ bandar suci Islam dengan negara Palestin secara keseluruha­n.

Datuk Seri Najib Razak mengetuai delegasi Malaysia yang turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Mereka tiba bersama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia