Harian Metro

Tambang bas kekal

- Ibrahim Isa ibrahim@hmetro.com.my

 Pengusaha kenderaan sekolah minta diberi subsidi bahan api

Ibu bapa tidak perlu risau mengenai peningkata­n perbelanja­an persekolah­an anak-anak apabila Pertubuhan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Semenanjun­g Malaysia sebulat suara tidak akan menaikkan harga tambang perkhidmat­an itu seperti diumumkan sebelum ini.

Bagaimanap­un, pihak berkenaan merayu kerajaan memberikan subsidi diesel dan petrol pada kadar sama seperti syarikat perkhidmat­an bas lain bagi memastikan pengusaha tidak menanggung kerugian berikutan peningkata­n harga barang hampir setiap tiga bulan.

Pengerusin­ya Ahmad Fauzi Murad berkata, hasil mesyuarat agung pertubuhan itu di Pulai di sini, semalam, semua ahli sebulat suara bersetuju tidak akan menaikkan harga tambang seperti diumumkan sebelum ini.

“Kami faham masalah dihadapi ibu bapa dan memberi jaminan tidak akan menaikkan harga tambang kerana ia akan menambah beban mereka.

“Bagaimanap­un, kami merayu kepada kerajaan supaya memberikan beberapa bantuan seperti subsidi petrol dan diesel serta rebat RM10,000 untuk pembelian bas baru bagi mengurangk­an beban kami.

“Pengendali bas Rapid KL diberikan subsidi bahan api istimewa dengan hanya membeli diesel RM1 seliter, nelayan dengan harga RM1.20 seliter untuk diesel dan petrol sedangkan kami terpaksa membeli setiap liter diesel pada harga RM1.81,” katanya.

Beliau ditemui pada mesyuarat agung itu di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Ahli Parlimen Pulai Datuk Abd Rashid Kasman sebagai wakil Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Ahmad Fauzi berkata, selain itu, pihaknya tidak mendapat sebarang subsidi untuk pembelian petrol sedangkan ramai pengusaha beralih kepada enjin yang menggunaka­n bahan bakar itu kerana dikatakan lebih baik untuk alam sekitar.

“Kami berharap kerajaan akan menimbangk­an permintaan kami berkaitan subsidi bahan api dan memperkena­lkan semula rebat RM10,000 untuk pembelian bas baru seperti diumumkan pada 2012 serta berkuat kuasa setahun kemudian.

“Menerusi rebat RM10,000 itu, pengusaha dapat jimat setiap kali menukar bas berusia 30 tahun ke atas, sekali gus menjimatka­n penggunaan bahan api kerana bas baru dan memberi keselesaan kepada semua pelajar,” katanya.

Dianggarka­n terdapat 18,000 pengusaha bas sekolah di seluruh negara membabitka­n lebih 180,000 bas yang memberikan perkhidmat­an kepada pelajar sekolah menengah, rendah dan tadika.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia