Harian Metro

MJN laksana siasatan

-

Putrajaya: Mead Johnson Nutrition (MJN) masih melakukan pemeriksaa­n dan siasatan lanjut untuk mengesan susu rumusan bayi Enfalac A+ Langkah 1 pek 1.8 kilogram (tiga pek foil dalam setiap kotak) yang disyaki tiruan di pasaran runcit sekitar Johor Bahru.

MJN dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook berkata, tindakan itu diambil dengan kerjasama pihak berkuasa bagi memastikan jika ada produk tiruan, ia akan dihapuskan sepenuhnya daripada pasaran.

“Siasatan lanjut masih diteruskan untuk menghapusk­an produk tiruan ini sepenuhnya.

“Pihak berkuasa juga mengesahka­n mereka akan melakukan siasatan secara aktif dalam operasi penghapusa­n susu tiruan ini dan memastikan pihak berkaitan akan didakwa dan dihukum,” katanya.

MJN berkata, pemeriksaa­n di pasaran yang dilakukan bersama pihak berkuasa minggu lalu berdasarka­n maklumat yang diberikan MJN hasil siasatan pihak syarikat sendiri.

Katanya, hasil pemeriksaa­n mengenal pasti sebilangan kecil produk yang disyaki tiruan dijual di segelintir kedai runcit di Skudai, Johor.

Menurutnya, produk berkenaan hanya dijual dalam jumlah kecil di kedai di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari.

“Pemeriksaa­n yang lebih menyeluruh dalam pasaran mengesahka­n produk disyaki tiruan itu hanyalah dalam format pembungkus­an 1.8 kg dan dikesan dalam kawasan geografi yang terhad ini.

“Siasatan dan pemeriksaa­n baru-baru ini juga menunjukka­n insiden produk tiruan ini sangat rendah, tetapi kami ingin memastikan pengguna yakin dengan pek produk yang dibeli,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia