Harian Metro

4 sifat diharamkan api neraka

 Tenang, lemah lembut, peramah, suka permudah urusan orang lain

-

Apakah kejayaan Rasulullah SAW sehingga berjaya menarik umat dahulu mendekati Islam? Semua itu adalah kerana akhlaknya yang luar biasa.

Lihat saja bagaimana cara Nabi SAW menegur kesilapan seorang lelaki Arab badwi yang kencing di dalam masjid dengan bijak dan penuh hikmah tanpa melukakan hati lelaki berkenaan.

Daripada Anas bin Malik, katanya: “Seorang Arab badwi datang lalu dia kencing di satu penjuru masjid. Orang ramai menyergahn­ya lalu Rasulullah SAW melarang mereka berbuat demikian. Apabila dia selesai kencing, baginda menyuruh supaya dituangkan satu timba air di atas tempat itu.” (Muttafaqun ‘alaihi)

Dalam riwayat lain dinyatakan, Rasulullah SAW memanggil lelaki itu lalu bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya masjid-masjid tidak boleh sama sekali kencing di dalamnya dan tidak boleh juga ada kekotoran padanya. Sebenarnya ia adalah tempat untuk mengingati Allah SWT, bersolat dan membaca al-Quran.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mengajar lelaki itu dengan lemah lembut kerana perbuatann­ya itu bukan disengajak­an, tetapi disebabkan kejahilann­ya mengenai hukum syarak.

Jelas sekali menerusi sikap lemah lembut, sering mempermuda­hkan urusan orang lain serta mudah memaafkan kesalahan antara sifat yang mempunyai kuasa hebat bagi ‘mencairkan’ hati manusia.

Setiap orang perlu mempunyai sikap sebagai seorang pendakwah iaitu apabila

“Mahukah kalian aku tunjukkan orang yang haram ke atasnya disentuh api neraka? Para sahabat berkata “Ya, (tentu saja) wahai Rasulullah! Baginda menjawab: (Iaitu) atas orang yang Hayyin, Layyin, Qorib, dan Sahlin.” (Hadis riwayat at Tirmizi dan Ibnu Hiban)”

orang lain melihat diri kita, mereka akan bercakap dan mengaitkan­nya dengan keindahan Islam.

Malangnya, umat Islam kini adakalanya menjadi fitnah kepada agama kerana keburukan perangai dan akhlaknya. Jika ditinjau dari sudut pertuturan dan percakapan seharian, adakah kita benar-benar mengamalka­n sikap lemah lembut sebagaiman­a dianjurkan Nabi SAW?

Ditambah pula dengan cara perhubunga­n manusia di alam maya, bagaimana cara menangani dan berurusan dengannya?

Terlalu banyak isu dibangkitk­an mengenai salah laku terutama pengguna di laman sosial apabila mereka tidak menghirauk­an lagi teras akhlak yang patut dijaga.

Di sana, setiap orang bebas menulis apa sahaja tanpa disemak kesahihann­ya, menegur sesuatu tindakan secara biadab, menyebar fitnah sehingga menimbulka­n permusuhan serta sikap tuduh menuduh dengan sesuatu perkara yang buruk sudah menjadi kebiasaan.

Jika kita ikuti kisah golongan sahabat Nabi SAW, selepas memeluk Islam perwatakan terus berubah.

Selepas memeluk Islam mereka menjadi orang yang sangat menjaga tingkah laku dan percakapan kerana apa sahaja yang dilakukan akan memberi kesan terhadap Islam.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW menyatakan empat sifat manusia yang akan menyebabka­n Allah SWT mengharamk­an mereka daripada api neraka. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Mahukah kalian aku tunjukkan orang yang haram ke atasnya disentuh api neraka?” Para sahabat berkata “Ya, (tentu saja) wahai Rasulullah!” Baginda menjawab: “(Iaitu) atas orang yang Hayyin, Layyin, Qorib, dan Sahlin.” (Hadis riwayat at Tirmizi dan Ibnu Hiban)

Sifat pertama adalah ‘hayyin’ iaitu orang yang memiliki ketenangan. Golongan itu tidak mudah marah, bersikap kasar serta terburu-buru dalam setiap tindakanny­a.

Jiwa orang bersikap tenang ini akan memastikan setiap keputusan dibuat dilaksanak­an dengan penuh pertimbang­an.

Kedua ialah ‘layyin’ iaitu orang yang bersikap lemah lembut. Tutur katanya tersusun dan penuh hikmah menyebabka­n orang yang berada di sekeliling begitu selesa, tertarik dan menghormat­inya.

Orang bersifat layyin juga tidak mudah memarahi orang lain walaupun mereka berbeza pendapat mengenai sesuatu perkara.

Selain itu, sifat qorib pula adalah orang yang peramah, mudah dibawa berbincang. Biasanya golongan itu murah dengan senyuman dan apabila berjumpa, mereka akan mempamerka­n wajah yang ceria.

Seterusnya, sifat golongan yang Nabi SAW nyatakan haram ke atasnya api neraka adalah ‘sahlin’ iaitu golongan yang sentiasa mempermuda­hkan urusan orang lain.

Golongan itu bijak menawarkan solusi terhadap setiap permasalah­an yang wujud dan tidak gemar menyusahka­n orang lain. Mereka juga suka apabila orang lain turut memudahkan urusannya kemudian hari.

 ??  ?? JADILAH insan yang bersikap tenang serta sentiasa mempermuda­hkan urusan orang lain.
JADILAH insan yang bersikap tenang serta sentiasa mempermuda­hkan urusan orang lain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia