Harian Metro

‘RASA RALAT SANGAT’

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro

Syura kesal tangguh rawatan sakit misteri hingga jejas persembaha­n dalam separuh akhir GV4

Penyanyi Syura ralat kerana menangguhk­an rawatan sakit misteri yang menghantui­nya sehingga menjejaska­n persembaha­n konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim keempat (GV), Ahad lalu.

Menurut ibu tunggal itu, ibunya menggesany­a segera berubat namun dia mengambil mudah perkara itu.

Ini kerana dia berasakan penyakitny­a itu tidak melarat sehingga mengganggu urusan kerja dan hidupnya.

“Saya rasa ralat sangat dan sebaik saja selesai GV4, saya akan berubat.

“Sukar untuk saya jelaskan penyakit ini, tapi apa yang pasti ia menyebabka­n suara saya hilang pada sebelah pagi dan ada semula selepas tengah hari.

“Saya tak mahu menuduh angkara siapa kerana apa yang penting sekarang adalah berubat sampai sembuh. Saya mahu cari rezeki untuk anak,” kata Syura yang mengakui sebelah kiri badannya selalu rasa kebas.

Mengulas kerjaya seni, Syura atau nama sebenarnya, Zuraidah Badron akan menghasilk­an single bergenre irama tradisiona­l.

“Saya mahu terus hidupkan irama tradisiona­l. Menurut pandangan rakan pun, suara saya sesuai membawakan lagu irama ini.

“Jadi, tidak perlu saya bereksperi­mentasi dengan muzik baru jika sudah tahu ia kurang sesuai dengan vokal dan imej saya,” katanya.

Sambung Syura, single baru itu dilancarka­n dalam masa terdekat dan berharap ia dapat diterima ramai.

“Saya mohon peminat doakan cepat sembuh seperti sedia kala.

“Kekuatan penyanyi terletak pada suaranya, macam mana saya nak cari rezeki kalau ada masalah suara,” katanya.

 ??  ?? Saya mohon
peminat doakan cepat sembuh seperti
sedia kala
Saya mohon peminat doakan cepat sembuh seperti sedia kala
 ??  ?? SYURA pada konsert terakhirny­a untuk GV4 Ahad lalu.
SYURA pada konsert terakhirny­a untuk GV4 Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia