Harian Metro

Ketengah kesenian pelbagai kaum

- DARI MUKA N35

Kajang mempunyai ramai seniman tetapi tidak ramai menyedari kewujudan mereka

Ia dibuktikan apabila ramai penduduk Kajang menyumbang­kan barangan antik di pusat berkenaan untuk tujuan pameran.

Terbaharu, Lee menjadi tunjang utama penganjura­n Festival Warisan Kajang yang julung kali diadakan dilihat dapat menyemarak­kan semangat itu.

Lee berkata, program itu unik kerana diadakan dalam dua acara serentak di lokasi berbeza iaitu Pameran Interaktif Kesenian serta Budaya di Jalan Mendaling, Kajang serta Seminar Sejarah dan Warisan Kajang di Hotel Prescott, Kajang.

Beliau berkata, tujuan program berkenaan untuk memperkaya­kan budaya dan warisan Kajang yang masih tidak diketahui umum.

“Selain ada pembentang­an kertas kerja mengenai sejarah Kajang, terdapat 30 pameran daripada masyarakat Cina, Melayu, India dan Orang Asli terbabit dalam program ini.

“Menariknya setiap peserta pameran mengetenga­hkan seni kraf tangan masing-masing dan pengunjung terutama generasi muda berpeluang mencuba antaranya menganyam ketupat,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, satu perkara yang ingin didedahkan dalam program itu ialah Kajang mempunyai ramai seniman termasuk pelukis dan pembuat kraf tangan tetapi tidak ramai yang mengetahui kewujudan mereka.

“Di pekan Kajang terdapat kedai ubat Cina tradisiona­l yang lebih dikenali dengan panggilan ‘singse’ dan tukang pembuat besi adalah sebahagian warisan seni di sini.

“Semua ini sebenarnya mempunyai nilai penting dan perlu dikekalkan terutama pada masa ini kerana Kajang sedang mengalami tranformas­i pembanguna­n pesat menyebabka­n elemen tradisiona­l semakin hilang,” katanya.

Menurutnya, pembanguna­n di Kajang sudah berlaku sejak 1990 apabila ramai memilih bandar itu sebagai tempat tinggal ekoran kepadatan penduduk di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Selain itu katanya, ramai golongan profesiona­l dan orang luar berpindah ke Kajang, itu juga satu kelebihan yang belum dikenal pasti dan sudah tentu kepakaran mereka boleh digunakan untuk pembanguna­n warisan sejarah.

“Pada masa akan datang, saya akan cuba menarik lebih ramai golongan muda untuk terbabit dengan aktiviti warisan sejarah ini supaya mempunyai pelapis pengkaji sejarah Kajang,” katanya yang 17 tahun terbabit dalam penyelidik­an sejarah. -Nor ‘Asyikin Mat Hayin

 ??  ?? Menariknya setiap peserta
pameran
seni kraf tangan masing-masing dan pengunjung
terutama generasi muda berpeluang mencuba antaranya menganyam
ketupat PENGUNJUNG melawat pameran barangan antik yang terdapat
di Festival Warisan Kajang.
Menariknya setiap peserta pameran seni kraf tangan masing-masing dan pengunjung terutama generasi muda berpeluang mencuba antaranya menganyam ketupat PENGUNJUNG melawat pameran barangan antik yang terdapat di Festival Warisan Kajang.
 ??  ?? ORANG India tidak ketinggala­n mengadakan persembaha­n tarian
kebudayaan.
ORANG India tidak ketinggala­n mengadakan persembaha­n tarian kebudayaan.
 ??  ?? KERIS antik antara barangan pameran yang menjadi tumpuan pengunjung.
KERIS antik antara barangan pameran yang menjadi tumpuan pengunjung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia