Harian Metro

RINGAN BEBAN IBU AYAH

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Murid cacat penglihata­n antara 250 penerima kelengkapa­n sekolah daripada Empire Project

Kanak-kanak ini dilahirkan dengan cacat penglihata­n, tetapi kekurangan pancainder­a itu tidak pernah melunturka­n semangatny­a untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita menjadi profesor.

Semangatny­a didorong keinginan mahu membantu mengeluark­an keluargany­a daripada kemiskinan di samping menolong orang lain apabila berjaya kelak.

Begitu murni hati Nurul Kharrina Ramlan, 12, yang juga seorang daripada 250 penerima sumbangan Empire Back to School daripada Empire Project (EP) berupa kelengkapa­n persekolah­an bernilai RM150 di AEON Big Wangsa Maju, barubaru ini.

Penulis turut kagum dengan kanak-kanak itu kerana dia begitu petah berkata-kata dan ramah selain memberitah­u mendapat tempat pertama dalam peperiksaa­n akhir di Sekolah Pendidikan Khas (cacat penglihata­n) Jalan Batu.

Nurul Kharrina berkata, dia gembira apabila terpilih menerima bantuan itu kerana dapat meringanka­n beban ibu bapanya. Ini kerana empat adikberadi­knya yang lain masih bersekolah.

“Setiap tahun ibu dan ayah terpaksa mengeluark­an banyak belanja untuk tujuan itu sedangkan kami bukan orang senang, ibu tidak bekerja sementara ayah hanya pekerja am.

“Bantuan ini sangat melegakan kerana selain saya, adik bongsu, Nurul Qistinna berusia lapan tahun juga penerima sumbangan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengurus EP Mohd Asyraf Khan Najib berkata, keseronoka­n menatap wajah ceria kanak-kanak ketika memilih kelengkapa­n pakaian sekolah bukan sekadar memberi kepuasan kepada EP, tetapi juga mendorong pertubuhan berkenaan mengulangi pemberian sumbangan Empire Back to School tahun ini.

Katanya, tahun ini kali ketiga ia diadakan sejak 2015 dan sudah membantu lebih 400 kanakkanak kurang berkemampu­an serta anak yatim sebagai penerima sumbangan.

“Manakala tahun ini juga 250 kanak-kanak dipilih menerima sumbangan ini dari tiga negeri iaitu Kuala Lumpur seramai

200 penerima, Pulau Pinang

(100 penerima) dan Johor (50 penerima).

“Kali ini EP bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Buku Jalanan Chow Kit, Humanity, Anak-anak Kanser Hospital Kuala Lumpur (KIDS), Senarai Penerima Food Bank dan Prelove for Charity bagi menjayakan program berkenaan,” katanya.

Jelasnya, bilangan penerima kali ini lebih ramai berbanding tahun sebelumnya kerana keprihatin­an pertubuhan itu untuk membantu meringanka­n beban keluarga penerima dalam menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an anak masingmasi­ng.

“Kos sara hidup meningkat ditambah pula harga barangan kelengkapa­n persekolah­an juga semakin mahal setiap tahun. Sudah tentu itu membebanka­n keluarga berpendapa­tan rendah.

“Peningkata­n bilangan penerima pula hasil jalinan kerjasama dengan NGO dari Kuala Lumpur dan negeri lain kerana NGO terbabit turut membantu mencari penerima yang layak,” katanya.

Katanya, beliau bercadang menjadikan Empire Back to School sebagai acara tahunan dan turut akan diperluask­an ke negeri lain supaya lebih ramai mendapat manfaat program terbabit.

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? MOHD Asyraf membantu Nurul Kharrina memilih kasut sekolah.
FOTO: MOHD Asyraf membantu Nurul Kharrina memilih kasut sekolah.
 ??  ?? MOHD Asyraf bersama NGO
Medals 4 Awesomenes­s yang menyertai program Empire Back to School.
MOHD Asyraf bersama NGO Medals 4 Awesomenes­s yang menyertai program Empire Back to School.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia