Harian Metro

Bermula dengan desakan umat Islam

Pelaksanaa­n Bank Islam dilakukan dengan cermat dan berhemah

- DARI MUKA N35

Siapa sangka, anak kampung kelahiran Kepala Batas, Alor Setar, Kedah ini mempunyai kebijaksan­aan luar biasa dan di bawah kepemimpin­annya, bank berkenaan pesat membangun dan unggul di peringkat antarabang­sa.

Penulis bersama jurugambar Mohd Hafiz Sohaimi berpeluang menemu bual Bapa Perbankan Islam itu dan kami sendiri kagum dengan perkongsia­n pengalaman­nya dalam membangunk­an BIMB menggunaka­n pendekatan kontempora­ri.

Beliau antara model terbaik yang mengadunka­n kepakaran dalam bidang ekonomi, pengalaman sebagai pemimpin tertinggi institusi kewangan Islam terkemuka dan kefahaman yang baik berkaitan prinsip syariah dalam kewangan Islam.

Jasa Abdul Halim dalam membangunk­an industri kewangan Islam mendapat pengiktira­fan bukan saja peringkat nasional tetapi juga antarabang­sa sekali gus membuktika­n beliau adalah orang hebat yang berada pada kelas tersendiri.

Untuk rekod, beliau menjadi rakyat Malaysia pertama dinobatkan sebagai penerima Anugerah Diraja Kewangan Islam sempena Forum Kewangan Islam Antarabang­sa (GIFF) 2014 dan menerima Anugerah Tokoh Kewangan Islam oleh Persatuan Bank-Bank Islam Malaysia (AIBIM) atas pencapaian berterusan dalam bidang kewangan Islam.

Terbaharu, Abdul Halim menerima Anugerah Merdeka 2017 bagi kategori Pendidikan dan Komuniti atas sumbangan cemerlang dan peranan utamanya dalam mewujudkan bank Islam pertama di negara ini yang membawa kepada pembanguna­n dan pertumbuha­n sektor perbankan, insurans dan kewangan Islam negara dan rantau.

Anugerah disampaika­n oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Menara Berkembar PETRONAS pada September lalu.

Selain Abdul Halim, lima lagi tokoh menerima anugerah berkenaan iaitu Datuk Seri Tengku Dr Zainal Adlin Tengku Mahamood, Profesor Dr Balbir Singh Mohan Singh, Dr Timothy Wiliam, Profesor Ir Dr Masjuki Hassan dan Profesor Dr Anthony Crothers Milner.

Sejak diperkenal­kan pada 2007 hasil kerjasama PETRONAS, ExxonMobil dan Shell, Anugerah Merdeka sudah mengiktira­f 44 individu dan dua organisasi cemerlang. Masing-masing dimartabat­kan menjadi ikon untuk diteladani generasi pascamerde­ka.

PERMINTAAN MASYARAKAT

Berkongsi pembabitan awalnya dalam perbankan Islam, Abdul Halim berkata, ia bermula selepas kerajaan bersetuju menubuhkan

Bank Islam dan melantikny­a sebagai Pengarah Urusan BIMB yang pertama di negara ini.

Beliau berkata, semua itu bermula selepas adanya desakan daripada orang Islam (Melayu) menggunaka­n platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menuntut penubuhan Bank Islam kerana mereka enggan berurusan dengan bank konvension­al disebabkan adanya unsur riba.

“Kemudian pada awal 1970-an, berlaku satu kejutan apabila Pertubuhan Negara Islam (OIC) mengambil keputusan menubuhkan Bank Pembanguna­n Islam (IDB) di Jeddah berlandask­an prinsip syariah dan undang-undang Islam.

“Selepas itu berlakulah pengkajian syariah secara besar-besaran berkaitan amalan bank.

“Berikutan itu, berlaku kejutan seterusnya apabila bank Islam dibuka di beberapa negara di Timur Tengah seperti Dubai pada 1975, Sudan (1977), Mesir (1978), Jordan (1978) dan Bahrain (1979),” katanya kepada Nuansa.

Katanya, Malaysia menyertai kejutan itu sekitar 1978 apabila perbincang­an peringkat sektor swasta diadakan bagi membincang­kan penubuhan Bank Islam.

Menurutnya, pada peringkat awal agensi yang terbabit dalam perbincang­an itu ialah Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) dan Tabung Haji.

“Tetapi disebabkan sektor swasta tidak mempunyai dana, kerajaan mengambil inisiatif ini (menubuhkan Bank Islam) dan menubuhkan Jawatankua­sa Pemandu Penubuhan Bank Islam pada 1981.

“Di sini bermulanya titik tolak pembabitan kerajaan dalam penubuhan Bank Islam dengan modal berbayar RM80 juta,” katanya dan menambah selepas itu beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan BIMB pertama.

Katanya, dunia Islam termasuk Malaysia tidak mempunyai Bank Islam sejak 1900 dan ramai umat Islam meminta supaya ia diwujudkan untuk memudahkan mereka berurusan dengan bank berlandask­an syariah.

“Dari sudut kepatuhan Islam pula, riba adalah dosa besar yang patut dielakkan dan ini adalah peluang terbaik saya untuk menjayakan penubuhan Bank Islam demi kesejahter­aan umat Islam secara amnya.

“Manakala dari segi pembanguna­n ekonomi Islam pula, mereka mengingink­an sistem perbankan Islam yang mampan dan sistematik untuk pembanguna­n ekonomi keluarga serta negara. Ini pendorong saya menerima peluang ini (membangunk­an sistem perbankan Islam),” katanya.

Beliau berkata, terdapat dua kesan penubuhan

Bank Islam terhadap bank konvension­al iaitu jangka pendek dan jangka panjang.

 ??  ?? SULTAN Nazrin menyampaik­an Anugerah Merdeka 2017 kepada Abdul
Halim.
SULTAN Nazrin menyampaik­an Anugerah Merdeka 2017 kepada Abdul Halim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia