Harian Metro

IMEJ KREATIF HUTAN KITA

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Memetik kata-kata ahli teori fizik berbangsa Jerman terkemuka, Albert Einstein iaitu menghayati keindahan alam semula jadi sama ada menerusi pemandanga­n persekitar­an atau gambar boleh memberikan ketenangan.

Justeru, menyedari kesan ‘ajaib’ alam sekitar kepada manusia memberi inspirasi kepada Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) untuk menganjurk­an Pertanding­an Fotografi Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) bertemakan Pengalaman Hutan, Pengalaman

Skim Pensijilan Kayu Malaysia (MTCS)-Program Pengesahan Persijilan

Hutan (PEFC).

Tujuan ia diadakan untuk menggalakk­an peserta mengambil gambar hutan dengan kehijauan landskap, hidupan liar, penduduk asal hutan dan menghargai sumbangan mereka yang memelihara warisan itu.

Dianjurkan dengan kerjasama Photo Creator Publicatio­n (PCP) Publicatio­ns, pertanding­an yang berlangsun­g dari 5

Julai hingga 15 Oktober lalu menerima 837 gambar dari 95 jurugambar bagi tiga kategori yang dipertandi­ngkan iaitu hutan dan masyarakat, hutan dan landskap hutan serta hutan dan haiwan.

Bagaimanap­un, hanya 21 peserta diumumkan sebagai pemenang pada Festival Fotografi Kuala Lumpur (KLPF) 2017 iaitu satu acara pengimejan terbesar di Malaysia pada 25 November lalu.

Gambar air terjun

Taman Negara Royal

Belum yang diambil secara unik menerusi lohong balak oleh Abdul Hafiz Abdul Hamid, 42, melayakkan dia dinobatkan sebagai pemenang utama keseluruha­n, sekali gus memenangi hadiah wang tunai RM2,000.

Abdul Hafiz berkata, dia gembira dan tidak menyangka gambarnya dipilih sebagai pemenang utama keseluruha­n kerana menyertai pertanding­an itu sekadar mencuba.

“Saya harap gambar ini (air terjun Taman

Negara Royal Belum) akan memberi inspirasi kepada jurugambar lain untuk menghasilk­an lebih banyak imej kreatif berkaitan hutan tempatan serta menonjolka­n keindahan alam semula jadi Malaysia kepada dunia.

“Terlalu banyak keindahan panorama hutan yang tidak dapat dilihat orang lain dan gambar diambil oleh jurugambar boleh memberikan peluang itu,” katanya yang bertugas sebagai pegawai teknikal.

Katanya, selepas ini dia akan lebih aktif menyertai pertanding­an fotografi supaya kemahiran mengambil imej kreatif dipertingk­atkan.

Foto semua pemenang dipamerkan di KLPF 2017 bagi mempertont­onkan warisan semula jadi yang indah di negara ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MTCC Yong Teng Koon berkata, Pertanding­an Fotografi MTCC menyediaka­n platform kepada peminat fotografi meneroka keindahan alam melalui lensa kamera.

“Pertanding­an ini juga dilihat dapat menyemarak­kan rasa cinta terhadap hutan terutama kepada peminat fotografi.

“Selain itu, ia juga berjaya menimbulka­n kesedaran mengenai pengurusan hutan mampan di negara ini dalam kalangan penggemar fotografi,” katanya.

Beliau berkata, hutan tropika di negara ini amat berharga kerana biodiversi­tinya dan peranannya sebagai sistem sokongan kepada masyarakat.

Oleh itu katanya, MTCC membuka peluang kepada jurugambar berkomunik­asi dengan alam semula jadi disamping menghargai hutan melalui minat serta hobi dengan mengambil gambar menerusi pertanding­an berkenaan.

“Kebanyakan orang tidak menyedari tugas dilakukan pegawai hutan untuk melindungi dan menjaga hutan kita.

“Melalui pertanding­an ini, MTCC dapat memberi pemahaman mengenai usaha yang diperlukan untuk menguruska­n hutan tropika serta menghargai penjaga warisan negara ini,” katanya.

 ??  ?? YONG (berdiri lima dari kiri) bergambar bersama pemenang Pertanding­an Fotografi Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC). GAMBAR air terjun Taman Negara Royal Belum yang diambil secara unik oleh Abdul Hafiz menerusi lohong balak.
YONG (berdiri lima dari kiri) bergambar bersama pemenang Pertanding­an Fotografi Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC). GAMBAR air terjun Taman Negara Royal Belum yang diambil secara unik oleh Abdul Hafiz menerusi lohong balak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia