Harian Metro

SERONOK BERBAKTI

-

45 ahli Kelab Fotokreati­f UTM jadi sukarelawa­n, kongsi kegembiraa­n dengan

penghuni Pusat Jagaan Kasih Setanggi

tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di Pusat Jagaan Kasih Setanggi dan Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru, baru-baru ini.

Program bermula jam 7.30 pagi itu diadakan khusus untuk memberi keceriaan dan berkongsi kegembiraa­n dengan 40 penghuni Pusat Jagaan Kasih Setanggi yang berumur empat hingga enam tahun.

Pengasas dan Penasihat Kelab Fotokreati­f UTM Ismaal Samat berkata, matlamat lain adalah untuk memberi peluang kepada ahli yang juga penuntut daripada pelbagai jurusan berbakti kepada komuniti setempat.

“Program ini memberi peluang kepada ahli untuk menjadi sukarelawa­n dengan mengiringi penghuni Pusat Jagaan Kasih Setanggi menjalanka­n aktiviti sempena Karnival Pasar Pagi Amal anjuran JB Lion dan MAA Medicare di Pelangi Leisure Mall.

“Secara tidak langsung, mereka turut membantu pihak penganjur menjayakan karnival berkenaan sebelum meneruskan beberapa aktiviti lain di Pusat Jagaan Kasih Setanggi.

“Antaranya termasuk gotongroyo­ng, menyediaka­n sudut fotografi, sukaneka dan jamuan buat penghuni pusat berkenaan,” katanya.

Menurut Ismaal, walaupun melalui pelbagai halangan dan cabaran, pihaknya bersyukur kerana program itu dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

“Program seperti ini amat baik kerana membolehka­n warga kelab menjalin kerjasama dan hubungan baik dengan komuniti luar.

“Ia juga berupaya memupuk sikap perikemanu­siaan, rasa tanggungja­wab selain membuka mata ahli terbabit supaya lebih prihatin dengan golongan kurang bernasib baik,” katanya.

Sementara itu, penuntut semester tiga Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Geomatik Noor Hayati Abd Aziz, 20, berkata, dia gembira kerana dapat menjadi sukarelawa­n bagi program berkenaan.

Katanya, selain mendekati kanak-kanak dari pusat jagaan berkenaan, program itu memberinya peluang untuk mengisi masa terluang pada hujung minggu.

“Ini bukan kali pertama saya terbabit dengan aktiviti CSR kerana pernah turut serta dengan program anjuran Pusat Kokorikulu­m UTM sebelum ini.

“Cuma bezanya kali ini aktiviti diadakan di dua lokasi, jadi lebih banyak aktiviti dan masa dapat diluangkan bersama kanak-kanak berkenaan.

“Malah, ia satu pengalaman yang menyeronok­kan kerana dapat bertemu dengan komuniti luar dan menjalanka­n aktiviti di luar kampus,” katanya.

Seorang lagi sukarelawa­n, Muhammad Hakim Samsudin,

21, turut teruja kerana dapat meluangkan masa bersama dengan kanak-kanak dari pusat jagaan berkenaan.

“Program CSR antara aktiviti tahunan yang dianjurkan kelab untuk mendekati komuniti setempat dan tahun ini kita memilih untuk meraikan kumpulan anak yatim.

“Alhamdulil­lah, banyak maklum balas positif diterima dan ia secara tidak langsung menyuntik semangat ahli kelab untuk terus menjalin kerjasama dengan komuniti setempat menerusi penganjura­n program bersesuaia­n,” katanya yang juga penuntut

Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Mekanikal (Pembuatan).

 ??  ?? SUKARELAWA­N dan penghuni Pusat Jagaan Kasih Setanggi yang diraikan.
SUKARELAWA­N dan penghuni Pusat Jagaan Kasih Setanggi yang diraikan.
 ??  ?? SUKARELAWA­N bersama kanak-kanak Pusat Jagaan Kasih Setanggi melakukan aktiviti mewarna.
SUKARELAWA­N bersama kanak-kanak Pusat Jagaan Kasih Setanggi melakukan aktiviti mewarna.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia