Harian Metro

Kulit tegang, pudarkan parut jerawat

-

Kulit kendur, berat badan naik mendadak dan kulit wajah kusam antara masalah dialami setiap wanita selepas bersalin.

Ia membuatkan golongan itu mula runsing untuk mendapatka­n kembali bentuk badan diidamkan.

Menggunaka­n pengalaman­nya sebagai bidan yang banyak berdepan dengan pelbagai masalah wanita, pengasas Effenzee Myracle Lotion Zuriati Mohd Jadi barubaru ini melancarka­n produk Effenzee Myracle Lotion bagi membantu mengatasi pelbagai masalah wanita.

Menurut Zuriati, losen itu membantu juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah bau badan.

“Losen ini juga dapat menjadikan kulit lebih tegang dan membantu memudarkan parut jerawat,” katanya.

Katanya, dengan kandungan minyak jojoba, argan, zaitun, kolagen dan vegatol ivy, losen ini selamat digunakan oleh semua peringkat usia termasuk bayi.

“Produk yang mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dijual pada harga RM99 namun sempena pelancaran ini kami memberi diskaun kepada pelanggan iaitu hanya RM79,” katanya.

Menurutnya, penggunaan losen itu juga amat mudah kerana hanya perlu disapu pada bahagian bermasalah secara konsisten untuk mendapatka­n hasil diidamkan. bertenaga atau lavender dan espreso yang menenangka­n.

Bagi individu yang kerap melancong atau bekerja di luar kawasan, pemberian hadiah set kembara pastinya lebih sesuai. Pek kembara itu mengandung­i sabun mandian, losen terapi tangan dan krim badan untuk memberi perlindung­an kepada kulit walau berada di mana saja.

Jika sukakan pelbagai variasi haruman rangkaian penjagaan kulit tangan, boleh dapatkan 12 sampel losen terapi dalam satu set, masingmasi­ng memiliki wangian berbeza yang diilhamkan oleh bauan flora dan botani.

Malah, ia turut diperkaya dengan mentega shea dan kacang macadamia bagi membantu melembap serta melembutka­n tangan di samping merawat kuku dan kutikel.

 ??  ?? ZURIATI (lima dari kiri) ketika pelancaran Effenzee Myracle Lotion di Bora Ombak, Marina Putrajaya.
ZURIATI (lima dari kiri) ketika pelancaran Effenzee Myracle Lotion di Bora Ombak, Marina Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia