Harian Metro

Tingkatkan keyakinan

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Bukan hanya wanita, lelaki juga perlu menjaga penampilan. Penampilan yang kemas dan selesa pastinya akan membantu meningkatk­an keyakinan diri dan semangat dalam menyiapkan tugasan atau latihan yang perlu dijalani.

Oleh itu, jenama penjagaan lelaki terkemuka, Nivea Men dan kelab bola sepak terkenal dunia,

Real Madrid CF menjalin kerjasama untuk menyebar semangat mereka ke 70 negara.

Sebagai permulaan kerjasama global itu, jenama berkenaan mendedahka­n mengenai kepentinga­n persediaan kepada lelaki di seluruh dunia bagi menggalakk­an mereka berani mencari potensi diri dalam kehidupan harian yang dijalani.

Nivea Men dan Real Madrid sudah pun menjadi rakan kongsi yang berjaya sejak 2013 di beberapa negara terpilih. Kini, Pengerusi Lembaga Eksekutif Beiersdorf,

Stefan F Heidenreic­h dan Presiden Kelab Real Madrid CF, Florentino Perez Rodriguez menandatan­gani kontrak lima tahun bagi meneruskan kerjasama di peringkat global.

“Bola sepak moden dan penjagaan lelaki, antara gabungan yang terbaik kerana kedua-duanya mempunyai nilai tersendiri seperti keyakinan, bersatu hati, bersemanga­t dan kemahuan menguasai.

“Kami teruja menjalin kerjasama ini dengan kelab bola sepak terkenal dunia ke peringkat global,” kata Stefan F Heidenreic­h.

Menurut Forbes 2013 hingga 2016, kelab bola sepak yang memiliki lebih 500 juta peminat di seluruh dunia itu adalah kelab yang mempunyai nilai jenama tertinggi.

Kerjasama itu dilancarka­n dengan sokongan kajian antarabang­sa yang menggarisk­an alasan relevan kehebatan pasukan Real Madrid dan 71 peratus lelaki mengesahka­n bahawa mereka lebih percaya dengan kualiti serta persembaha­n produk atau jenama apabila mengetahui ia digunakan individu profesiona­l.

Sementara itu, Ahli Lembaga Eksekutif Eropah Beiersdorf AG, Thomas Ingelfinge­r berkata, lelaki di seluruh dunia berkongsi keghairaha­n mereka dalam sukan bola sepak.

“Jenama itu dan produk penjagaann­ya membolehka­n ikatan emosi yang kuat dibentuk dengan kumpulan lelaki yang disasarkan. Malah, kajian global turut menunjukka­n persediaan boleh

membantu menaikkan keyakinan diri lelaki.

“Bahkan bakat yang hebat dengan keyakinan termasuk percaya kepada diri, kemahiran dan pasukan, antara kekuatan yang diperlukan dalam perlawanan,” katanya.

Persediaan terbukti menjadi salah satu sumber terbesar untuk memiliki keyakinan diri. Kajian itu dijalankan dalam kalangan lelaki berusia 18 hingga 69 tahun di 19 negara.

Kajian itu mendedahka­n 92 peratus lelaki menganggap keadaan kulit yang baik mampu mempengaru­hi prestasi diri sama ada dalam sukan atau kerja.

Dalam kajian sama, 79 peratus lelaki mengesahka­n bahawa sukan profesiona­l dan rutin persediaan adalah sumber inspirasi yang berharga untuk meningkatk­an prestasi mereka.

Justeru, jenama itu menawarkan video belakang tabir Real Madrid yang menampilka­n Sergio Ramos, Marcelo, Isco dan Lucas V·zquez berkongsi pandangan peribadi dari bilik persalinan.

Sedikit sebanyak dapat memberi peluang kepada peminat mereka mengenali lelaki hebat itu mengenai ritual, motivasi dan teknik persediaan yang dilakukan

mereka.

 ??  ??
 ??  ?? SERGIO Ramos
SERGIO Ramos
 ??  ?? MARCELO
MARCELO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia