Harian Metro

ARKIB TERBAIK PROGRAM TV

-

Selari dengan kejayaan sebagai perkhidmat­an penstriman video tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia, tonton melangkah setapak ke depan dengan mengubah hala tujunya.

Mencatat lebih 7.4 juta pengguna, tidak dinafikan tonton menjadi platform terbaik untuk mengikuti program digemari selain sentiasa dikemas kini dengan rancangan menarik dan terbaru.

Apalagi dengan senario semua di hujung jari sekarang, tonton mudah diakses mereka yang tiada masa menonton televisyen. Mudah dan hanya perlu mendaftar, bilangan program di dalamnya tidak terkira.

Itu yang disasarkan perkhidmat­an berkenaan dan menurut Pengurus Besar tonton, Ben Jern Loh, ia bakal menjadi arkib terbaik untuk program kesukaan ramai.

“Semestinya kami mahu tonton menjadi arkib terbaik untuk penonton yang mahu mencari program TV kegemaran mereka. Bukan yang baru sahaja bahkan program lama pun ada.

“Menerusi konsep terbaru yang kami perkenalka­n, ia bakal mengubah statistik penonton,” katanya di Parti Rated xtra, baru-baru ini.

Kini tonton mengubah konsep akses program apabila menetapkan 80 peratus daripadany­a percuma manakala 20 peratus untuk pelanggan VIP adalah berbayar.

Berbanding sebelum ini, 80 peratus perlu berbayar, Ben menyifatka­n strategi itu lebih menguntung­kan atas banyak faktor.

“Kami sedar penonton berat hati melanggan kerana mereka cuma

 ??  ??
 ??  ?? PORTAL xtra! menampilka­n kandungan hiburan dan gaya hidup terkini.
PORTAL xtra! menampilka­n kandungan hiburan dan gaya hidup terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia