Harian Metro

Pengalaman baru Bront

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Watak sebagai tentera Yahudi dalam AAC2 tidak babitkan soal akidah

Mencipta nama di Indonesia membuka lebih banyak peluang buat pelakon berkarisma, Bront Palarae.

Lakonannya menerusi filem Pengabdi Setan baru-baru ini menerima pujian pelbagai pihak seterusnya mencuri tumpuan ramai penggemar filem dari negara jiran itu.

Terbaru, Bront turut membintang­i filem Ayat Ayat Cinta 2 (AAC2). Menariknya, karakter sebagai Baruch itu ada cabaran yang tersendiri.

Mana tidaknya, Baruch adalah karakter tentera Yahudi yang membenci Islam dan penganutny­a.

“Saya terima karakter ini kerana ia menampilka­n kelainan berbanding lakonan saya dalam karya terdahulu.

“Ini satu kerja seni dan saya lakukannya untuk mencabar kemampuan diri sebagai pelakon,” katanya.

Ditanya sama ada lakonannya itu akan mencetuska­n kontrovers­i kerana menyentuh sensitivit­i agama, ini jawapan Bront:

“Itu hanyalah sekadar luaran karakter Baruch saja dan tidak membabitka­n akidah.

“Kalau ikutkan tiada sebarang babak yang menunjukka­n adegan ibadah dan sebagainya. Filem ini akan ditayangka­n tidak lama lagi dan kita doakan yang terbaik,” katanya.

Ditanya sama ada dia sendiri berpuas hati dengan lakonannya, Bront memilih untuk menunggu maklum balas daripada penonton.

“Saya sudah lakukan yang terbaik dalam filem ini dan biarlah penonton menilainya,” katanya.

Bront tidak melepaskan peluang merakamkan penghargaa­n serta berkongsi rasa syukur apabila namanya diterima di negara jiran.

“Peluang yang diberikan kepada saya hanya sekali dalam seumur hidup. Apabila diterima baik di Indonesia saya rasa ia pintu baru untuk kerjaya seni saya.

“Sebagai pelakon tentunya saya gembira apabila melihat orang ramai terkesan dengan lakonan saya dalam sesebuah naskah,” katanya.

Bront menganggap apa yang dilaluinya itu sebagai satu pengalaman baru dan berharap lebih banyak kejayaan dikecapiny­a selepas ini.

 ??  ?? Kalau ikutkan tiada sebarang
babak yang menunjukka­n adegan ibadah dan sebagainya.
Filem ini akan ditayangka­n tidak lama lagi dan kita doakan yang terbaik
Kalau ikutkan tiada sebarang babak yang menunjukka­n adegan ibadah dan sebagainya. Filem ini akan ditayangka­n tidak lama lagi dan kita doakan yang terbaik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia