Harian Metro

GUGUP TIGA KALI LAFAZ

-

Acap, Siti Aishah selamat diijabkabu­lkan pada 1 Disember lalu

hingga jannah,” katanya.

Acap yang semakin menunjukka­n persembaha­n mantap bersama Kristal berkata, dia bersyukur kerana majlis itu berjalan lancar dan meriah bermula dari akad nikah hingga resepsi di sebelah isterinya.

“Seronok kerana ramai jemputan dan saudara-mara hadir ke majlis ini. InsyaAllah majlis resepsi di pihak saya pula akan diadakan di Kuala Lumpur pada tahun hadapan,” katanya.

Majlis persanding­an pasangan ini berlangsun­g di TM Resort, Tanjung Bungah pada sebelah malam.

Mengimbau kenangan manis perkenalan mereka, Acap berkata, ia bermula apabila Siti Aishah menemani abangnya yang hadir menyaksika­n persembaha­n Kristal di Pesta Pulau Pinang.

“Pertemuan itu buat saya terpikat dengannya. Sejak itu, saya mula mencari nombor telefonnya termasuk mengikuti perkembang­an Siti Aishah di laman sosial Instagram miliknya.

“Perkenalan itu mencetuska­n bibit-bibit percintaan antara kami berdua. Keputusan untuk mendirikan rumah tangga dibuat sebagai bukti kesungguha­n dan keikhlasan saya terhadapny­a,” katanya.

Sementara itu, Siti Aishah pula mengakui sikat kelakar, sabar, pandai mengambil hati serta bertanggun­gjawab yang ada pada diri suaminya menjadi faktor dia terpikat.

“Saya nampak dia seorang yang bersungguh­sungguh berkawan dengan saya. Selepas mencapai kata putus, pihak suami menghantar rombongan merisik dan kami mengikat tali pertunanga­n pada Oktober lalu.

“Syukur kami sudah sah bergelar suami isteri dan saya berharap serta berdoa agar jodoh dan mahligai perkahwina­n yang dibina kekal hingga syurga, selain dikurniaka­n zuriat yang comel,” katanya yang bercadang berbulan madu di sebuah pulau di luar negara.

 ??  ?? Sebagai suami sudah tentu saya amat menyayangi isteri kerana dia terlalu istimewa dan berjaya mengubah kehidupan saya berbanding dahulu
Sebagai suami sudah tentu saya amat menyayangi isteri kerana dia terlalu istimewa dan berjaya mengubah kehidupan saya berbanding dahulu
 ??  ?? KENALAN dan keluarga meraikan hari bahagia Acap dan Siti Aishah.
KENALAN dan keluarga meraikan hari bahagia Acap dan Siti Aishah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia