Harian Metro

BAKAT LUAR BIASA

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Juara Asia’s Got Talent musim kedua diumumkan esok

Selepas sembilan minggu bersiaran, esok bakal menyaksika­n pengumuman juara program realiti pencarian bakat luar biasa Asia’s Got Talent musim kedua (AGT2) di saluran AXN (Astro 701) jam 8.30 malam.

Pemenang yang dipilih berdasarka­n undian penonton bakal membawa pulang wang tunai AS$100,000 (RM408,000).

Apa yang pasti, pentas akhir minggu lalu menjadi medan pertempura­n bakat terbaik dari rantau Asia. Sembilan peserta berusaha memberikan persembaha­n kemenangan demi memukau penonton seluruh benua ini.

Mereka termasuk penyanyi dari Indonesia iaitu Angela July yang mengagumka­n juri dengan vokal gemersikny­a. Bahkan, dia mendapat pujian juri yang juga penerbit muzik tersohor David Foster.

Beatboxer dari Filipina iaitu Neil Rey Garcia Llanes yang kembali kali kedua dalam program itu juga bersungguh-sungguh di pentas. Keunikan cara nyanyianny­a itu turut menjadi fenomena di Facebook dan YouTube.

Menampilka­n tarian yang digabungka­n dengan seni visual, peserta dari Mongolia iaitu Canion Shijirbat pula konsisten dengan dua persembaha­n terdahulu. Unik dan memukau, dia membawa persembaha­nnya ke tahap lebih tinggi.

Menjadi bualan satu dunia, kru tarian dari Kyrgyzstan iaitu ADEM terus memberi inspirasi dan tidak pernah mengecewak­an penonton. Peserta Golden Buzzer juri Jay Park itu disebut-sebut bakal menjurai musim ini.

Bagaimanap­un, peserta paling kontrovers­i iaitu The Sacred Riana dari Indonesia yang menampilka­n persembaha­n menyeramka­n sukar diduga. Persembaha­n terdahulun­ya meraih tontonan lebih 70 juta di YouTube, sekali gus menjadikan dia calon kuat untuk menang.

Menjadi pencabar

ADEM, kru tarian DM-X Comvalenoz dari Filipina pun bukan calang-calang. Kru terbabit cukup bijak menyusun reka tari yang menggabung­kan elemen seksi dan glamor.

Tiga peserta lain turut bertanding adalah Feng E dari Taiwan, Sobhi Shaker (Malaysia) dan Flyers (Filipina).

Undian bakal berakhir pada jam 11.59 malam ini yang dibuat menerusi Facebook Hashtag, Facebook Messenger dan Google Search. Maklumat lanjut mengenai peserta dan cara undian boleh diperoleh di www.AXN-Asia.com/ AGTVote.

Asia’s Got Talent adalah adaptasi ke-67 program

Got Talent yang cukup berprestij di seluruh dunia. Setakat ini 186 negara ada versi sendiri program berkenaan dan mendapat sambutan hangat.

Pada musim pertama dua tahun lalu, El Gamma Penumbra dari Filipina yang mempertaru­hkan bakat seni bayang-bayang mendapat undian tertinggi, sekali gus mencipta sejarah bergelar juara AGT.

Pada musim ini semua peserta diadili tiga juri tetap iaitu David Foster, Anggun dan Jay Park. Program itu dihoskan Alan Wong and Justin Bratton.

 ??  ?? THE Sacred Riana antara
diramal menjadi juara.
THE Sacred Riana antara diramal menjadi juara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia