Harian Metro

JK Rowling pertahan Depp

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Netizen tak puas hati pemilihann­ya bintangi filem kedua Fantastic Beasts

Penulis buku terkenal

Harry Potter, JK Rowling mempertaha­nkan keputusan produksi untuk mengambil pelakon Johnny Depp membintang­i filem kedua Fantastic Beasts.

Depp, 54, menerima kritikan hebat netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakanny­a berpisah dengan bekas isteri, Amber Heard.

JK Rowling berpendapa­t kes cerai pasangan terbabit adalah privasi dan perlu dihormati semua pihak.

“Peminat Harry Potter ada banyak persoalan dan sangat mengambil berat pemilihan Depp untuk watak terbabit.

“Saya dan pihak produksi yakin dengan kemampuan barisan pelakon yang dipilih. Malah kami gembira Depp bersetuju bawa watak besar dalam filem ini,” katanya.

Sekuel Fantastic Beasts dijangka menemui penonton pada November 2018 dan akan ada tiga lagi siri pada masa akan datang.

Rumah tangga Depp dan Amber goyang selepas timbul dakwaan pelakon itu pernah mengugut dan mendera bekas isterinya itu.

Pasangan selebriti itu mula hangat digosipkan bercinta pada 2012 sebelum berkahwin secara rahsia pada 2015.

Akhirnya, Depp yang terkenal menerusi lakonannya dalam siri filem Pirates of the Caribbean dan Amber berpisah secara baik pada Ogos 2016.

Dalam perkembang­an lain, Daily Mail melaporkan Depp menjual kediaman terakhirny­a pada harga

RM5.7 juta berikutan masalah kewangan.

Kediaman itu adalah rumah kelima pelakon terbabit dan terletak di Los Angeles. Depp terpaksa menjual semua kediamanny­a bagi melangsaik­an hutang RM20.4 juta kepada bekas rakan kongsi niaganya.

 ??  ?? Saya dan pihak produksi yakin dengan kemampuan barisan pelakon yang dipilih.
Malah kami gembira Depp bersetuju bawa watak besar
dalam filem ini
Saya dan pihak produksi yakin dengan kemampuan barisan pelakon yang dipilih. Malah kami gembira Depp bersetuju bawa watak besar dalam filem ini
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia