Harian Metro

Istana terima pemulangan darjah

-

Klang: Istana Selangor semalam mengesahka­n bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah memulangka­n darjah kebesaran yang dikurniaka­n Sultan Selangor sebelum ini pada Khamis lalu.

Turut berbuat demikian adalah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor Hanafisah Jais berkata, Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah berkenan menerima pemulangan kembali darjah dan bintang kebesaran Selangor daripada Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah tanpa halangan.

“Tindakan mewartakan pembatalan kurniaan darjah dan bintang kebesaran Selangor itu akan dilakukan mengikut prosedur serta proses yang ditetapkan,” katanya, semalam.

Jurucakap Dr Mahathir seperti dilaporkan berkata, darjah kebesaran yang dipulangka­n ialah Darjah Kelas Pertama Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Datuk Seri dan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) (Kelas Kedua), membawa gelaran Datuk bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita.

Jurucakap itu turut mengesahka­n Dr Siti Hasmah melakukan tindakan sama dengan memulangka­n darjah kebesaran yang diterima beliau.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddi­n memandang serius dan kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir yang dilihat cuba menghasut rakyat membenci, menghina dan memandang serong terhadap bangsa Bugis.

Sultan Sharafuddi­n selepas berbincang dengan ahli Dewan, menganggap ucapan itu sangat keterlalua­n sehingga boleh mencetuska­n kekecohan dan huru-hara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia