Harian Metro

Musim punah

-

 Pesawah hadapi dugaan banjir saban tahun

“Apa boleh buat lagi? Terpaksa akur sahajalah dengan kerugian yang ditanggung. Setiap tahun, inilah dugaannya,” kata pesawah Mohd Nazri Arrifin, 37, mengulas mengenai padinya yang rosak akibat banjir.

Katanya, bendang diusahakan seluas 9.2 hektar itu ditenggela­mi air serta lambat surut, merosakkan tanaman musim kedua yang menunggu masa untuk dituai.

Mohd Nazri berkata, dia belum sempat menuai padi sepenuhnya apabila hujan berterusan sejak pertengaha­n November dan membawa kepada banjir termenung di sekitar sawahnya di Kampung Takang di sini.

Menurutnya, sawah padi seluas 9.2 hektar yang diusahakan bagi musim kedua 2017 pada November lalu rosak akibat ditenggela­mi air berikutan hujan yang berterusan beberapa minggu sehingga menyebabka­n kawasan bendang dipenuhi air.

“Musim kemarau pun kami terjejas kerana tanaman kering dan tiba tengkujuh pula lebih teruk kerugianny­a apabila tanaman rosak ditenggela­mi air.

“Ini dugaannya setiap tahun dan saya anggarkan kerugian kali ini boleh cecah RM35,000, yang terbesar sepanjang tahun ini. Petani lain juga alami masalah sama seperti saya,” katanya ketika ditemui.

Bagi Abdul Halim Hasan, 33, nasib dialaminya seperti pesawah lain malah dia menanggung kerugian hampir RM30,000 berikutan padi seluas lapan hektar tenggelam banjir.

Katanya, Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) ada mengeluark­an jadual untuk menabur benih supaya mereka tidak mengalami kerugian lebih teruk.

“Namun, kami sepakat untuk memulakann­ya tahun depan, kerana enggan hadapi risiko sama, dua kali. Sudahlah tanaman ini sahaja yang jadi sumber rezeki kami dan anak-anak bersekolah, memerlukan wang untuk memulakan persekolah­an tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar KADA, Mohd Ridzuan Ismail berkata, nilai kerugian sektor padi akibat banjir lebih seminggu lalu dianggarka­n RM41.37 juta membabitka­n 942 pesawah dengan keluasan tanah 7,661 hektar.

“Semua laporan ini diambil di setiap jajahan dan sudah dikemukaka­n kepada Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA).

“Bagaimanap­un, laporan ini akan dinilai dan disiasat MOA sebelum bantuan disalurkan untuk meringanka­n beban pesawah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

 ??  ?? MOHD Nazri (tiga dari kiri), bersama petani lain menunjukka­n padi yang rosak akibat banjir.
MOHD Nazri (tiga dari kiri), bersama petani lain menunjukka­n padi yang rosak akibat banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia