Harian Metro

MPI pelawa wartawan Sabah, Sarawak turut serta

-

Kuala Lumpur: Malaysian Press Institute (MPI) mempelawa wartawan dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai Hadiah Kewartawan­an Malaysia (HKM) MPI PETRONAS 2017 yang kini dibuka penyertaan­nya.

Pengurus Kanan MPI, Norlida Jamain berkata, pelawaan menyertai HKM itu dibuat kerana pihak MPI ingin melihat penyertaan lebih tinggi daripada kedua-dua negeri itu.

“HKM adalah sebuah anugerah peringkat nasional, justeru, MPI tidak mahu penyertaan­nya hanya didominasi wartawan yang berkhidmat dengan media yang berpangkal­an di Semenanjun­g seperti yang berlaku pada tahun sebelum ini.

“Bagi memastikan wartawan Sabah dan Sarawak tidak tercicir, MPI turut membuat promosi khas bagi HKM 2017 kali ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, surat makluman sudah dibuat dan ditandatan­gani Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Dr Chamil Wariya dan dihantar kepada editor media utama di kedua-dua negeri itu minggu lalu.

“Bersama surat berkenaan turut dikirim buku kewartawan­an terbitan MPI iaitu 24 Karya Pemenang Anugerah Kajai, Terbilang, Potret Tokoh Wartawan Negara dan Perjalanan Lima Dekad MPI.

“Buku yang dikirim ini sangat berguna untuk dijadikan panduan oleh wartawan dalam menghasilk­an karya bermutu tinggi sekali gus melayakkan mereka memenangi anugerah seperti ini,” katanya.

Tambahnya, pihaknya berharap media Sabah dan Sarawak menyahut pelawaan berkenaan dan menghantar penyertaan masing-masing bagi 20 kategori yang dipertandi­ngkan sebelum tarikh tutup HKM pada 16 Januari 2018.

“Secara keseluruha­nnya, HKM yang diinstitus­ikan pada 1980 adalah untuk mengiktira­f karya-karya terbaik kewartawan­an Malaysia di samping menawarkan hadiah bernilai RM300,000 tajaan PETRONAS,” katanya.

Wartawan Sabah dan Sarawak yang berminat untuk menyertai HKM boleh melayari laman sesawang di www. mpi.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia