Harian Metro

Dua bekas pengarah bebas

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

 Mahkamah kekal keputusan terhadap 134 tuduhan tipu pegawai bank

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, mengekalka­n keputusan melepas dan membebaska­n dua bekas pengarah syarikat termasuk seorang bergelar Datuk daripada 134 tuduhan menipu pegawai bank menggunaka­n dokumen palsu membabitka­n wang berjumlah lebih RM67 juta.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah memutuskan demikian terhadap bekas Pengarah Koperasi Permodalan Felda Quality (KPFQ), Datuk Tan Han Kook, 62, dan bekas Ketua Pegawai Operasi syarikat itu, Ching Siew Cheong, 53, selepas menolak rayuan pihak pendakwaan.

Terdahulu Mohamad Shariff dalam penghakima­nnya berkata, mahkamah bersetuju bahawa keterangan saksi pendakwaan keempat dan kelima tiada kredibilit­i dan boleh diabaikan.

Pada Disember 2015, Hakim Mohd Nasir Nordin, melepas dan membebaska­n Tan dan Ching selepas mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh berjaya menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Tan dan Ching didakwa menipu seorang pegawai bank dengan mengemukak­an dokumen palsu bagi memohon tuntutan kemudahan

Tindakan kedua-dua tertuduh itu mendorong pihak bank memindahka­n RM67,435,143, kepada tiga syarikat pengusaha makanan iaitu Asia Food Link Sdn Bhd, Violet Bonanza Sdn Bhd dan Stanson Marketing Sdn Bhd.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Malayan Banking Berhad, Tingkat 8, Menara Hap Seng, Jalan P Ramlee di sini, antara 23 Oktober 2011 dan 24 Februari 2012.

 ??  ?? KAVIKUMAR
KAVIKUMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia