Harian Metro

Dua konstabel polis, penjenayah ‘berkomplot’

-

Kuantan: Dua konstabel polis berdepan hukuman mati apabila dituduh menjadi rakan sejenayah kepada seorang lelaki yang melepaskan tembakan menggunaka­n senjata api dalam rompakan di sebuah rumah di Batu 9, di sini, November lalu.

Tertuduh Muhamad Amin Pauzi dan Muhammad Shafiq Sa’ari didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas pertuduhan menjadi rakan sejenayah kepada buruh, Muhammad Nur Subhi Mohd Rakhzam yang melakukan rompakan dan melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki, Leong Tien Fook, 55, menggunaka­n senjata api dengan niat mencederak­an atau menyebabka­n kematianny­a di rumah beralamat DU-50, Batu 9, jam 5.30 pagi pada 25 November lalu.

Anggota polis yang masing-masing berusia 25 tahun itu didakwa berada di lokasi ketika kejadian dan mereka diandaikan dengan munasabah mengetahui Muhamad Nur Subhi membawa senjata api.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua mereka selepas kertas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan juga mengaku memahami pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Bagi kesalahan itu, tertuduh terbabit didakwa mengikut Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 memperuntu­kkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pada prosiding sama, Muhammad Nur Subhi, 25, juga didakwa melakukan rompakan di rumah berkenaan dan pada masa sama melepaskan tembakan ke arah Tien Fook dengan niat menyebabka­n kecederaan atau kematian terhadap mangsa.

 ??  ?? DUA anggota polis yang dibawa ke Mahkamah Majistret.
DUA anggota polis yang dibawa ke Mahkamah Majistret.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia