Harian Metro

Berputih mata RM152,000 lesap

Wang tunai pelbagai negara ‘dihidu’ penjenayah bermotosik­al

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah @hmetro.com.my

Dua penjenayah bertindak menendang motosikal mangsa sebelum rakan mereka melarikan beg galas mengandung­i wang tunai pelbagai mata wang asing berjumlah lebih RM152,000 dalam kejadian samun di Kilometer 298.7, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, dua pekerja syarikat pengurup wang terbabit dalam perjalanan menaiki motosikal menuju ke sebuah pusat beli-belah di Bandar Baru Bangi, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, berdasarka­n maklumat mangsa, 20, bersama rakannya berusia 26 tahun dalam perjalanan dari Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk menghantar wang berjumlah lebih RM152,000 berkenaan ke pusat beli-belah terbabit.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, sebuah motosikal Yamaha 135 LC dinaiki dua lelaki bersenjata­kan parang dan kapak terus menendang motosikal mangsa hingga menyebabka­n mereka terjatuh.

“Sebuah lagi motosikal dinaiki seorang lelaki juga bersenjata kapak menghampir­i mangsa sebelum melarikan beg galas milik syarikat mengandung­i pelbagai mata wang asing.

“Mangsa hanya cedera ringan kerana sempat berpaut pada motosikal sebelum dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan mendapatka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengenal pasti suspek dan keterangan daripada mangsa juga sudah diambil bagi membantu siasatan.

Katanya, pihak polis tidak menolak kemungkina­n terdapat unsur ‘orang dalam’ dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia