Harian Metro

Uganda tiru

- Nabil Basaruddin bisnes@hmetro.com.my

Pusat Pentadbira­n Putrajaya yang serba moden dan sistematik bakal dijadikan model contoh kepada kerajaan Uganda untuk membangunk­an bandar satelit di negara berkenaan yang terletak di Kampala.

Pengerusi Malaysian Incorporat­ed Services Berhad (Malaysian Inc) Tan Sri Esa Mohamed berkata, kerajaan Uganda memilih Malaysia sebagai rujukan utama memandangk­an negara ini mempunyai prestasi pertumbuha­n ekonomi yang kukuh di samping kedudukan politik yang stabil.

Beliau berkata, projek pembanguna­n perbandara­n satelit itu akan dijalankan apabila kajian kebolehlak­sanaan selama enam bulan oleh penyedia perkhidmat­an Malaysia selesai atau pada awal 2019.

“Kajian kebolehlak­sanaan itu bakal memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk menjalanka­n kajian bagi membangunk­an bandar

satelit Uganda membabitka­n perbandara­n dan pelaburan hartanah.

“Dalam kerjasama antara pihak kerajaan Uganda dan penyedia perkhidmat­an Malaysia, ia akan menumpukan kepada Perladanga­n Naki Gala seluas 1,200 ekar dan bandar satelit ini akan dibangunka­n dalam tempoh lima hingga 10 tahun yang bernilai beberapa bilion dolar Amerika,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MoU) bagi menjalanka­n kajian kebolehlak­sanaan bandar satelit antara kerajaan Uganda dan Malaysian Inc di sini, semalam.

Majlis berkenaan disempurna­kan Menteri Tanah, Perumahan dan Pembanguna­n Urban Uganda, Musumba Isaac manakala Malaysia Inc diwakili Esa disaksikan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros.

Sementara itu, Mohd Shahreen berkata, MoU itu adalah langkah tepat dalam merapatkan hubungan dagangan antara dua negara khususnya dalam segmen teknologi dan servis profesiona­l tempatan.

Menurutnya, dagangan Malaysia dan Uganda merekodkan nilai RM170.7 juta setakat Oktober tahun ini berbanding RM128.1 juta pada tahun lalu.

“Kebanyakan eksport Malaysia ke Uganda sebelum ini adalah produk pertanian, produk berkaitan minyak sawit dan jentera. Jadi kerjasama ini akan mempelbaga­ikan segmen dagang dengan Uganda,” katanya. Pos Laju, cabang kurier

Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) dijangka mencapai pendapatan keseluruha­n sebanyak RM700 juta sekali gus muncul penyumbang utama kepada kumpulan Pos Malaysia untuk tahun 2017.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Azlan Shahrim berkata, sasaran itu seiring dengan pertumbuha­n e-dagang di negara ini sejak 2014 yang berkembang sekitar 20 hingga

25 peratus setiap tahun.

“Kami akan meluaskan pusat Pos Laju di seluruh negara daripada 86 pusat menjadi 100 pada tahun hadapan,” katanya.

Pos Laju kini mempunyai 22,000 pelanggan kontrak secara tetap yang menyumbang 40 peratus kepada pendapatan dengan selebihnya adalah yang datang secara terus ke kaunter.

Menurutnya, ketika ini 80 peratus daripada pelanggan melakukan urusan Pos Laju untuk domestik dan selebihnya penghantar­an ke luar negara dan mereka juga boleh menggunaka­n servis lain yang disediakan seperti di Kios Pos Laju, Pos Laju EziDrive-Thru, Pos Laju Go2U dan Pos-on-Wheels bagi kemudahan mereka.

Beliau ditemui ketika majlis pelancaran

Peraduan Pos Laju Prepaid Xtravangan­za bernilai RM222,000 yang berlangsun­g dari 1 Disember lalu hingga 28 Februari 2018 untuk menggalakk­an orang ramai memilih

Pos Laju sebagai kurier pilihan utama mereka.

 ??  ?? MUSTAPA (kanan) melihat pelan lokasi sambil diperhatik­an Musumba (dua dari kanan) dan Esa (tiga dari kanan) selepas majlis menandatan­gani MoU di Kuala Lumpur, semalam.
MUSTAPA (kanan) melihat pelan lokasi sambil diperhatik­an Musumba (dua dari kanan) dan Esa (tiga dari kanan) selepas majlis menandatan­gani MoU di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? AZLAN (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh (tengah) dan Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Pos Malaysia Nor Azizan Tarja ketika Majlis Pelancaran Peraduan Pos Laju Prepaid Xtravaganz­a di Kuala...
AZLAN (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh (tengah) dan Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Pos Malaysia Nor Azizan Tarja ketika Majlis Pelancaran Peraduan Pos Laju Prepaid Xtravaganz­a di Kuala...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia