Harian Metro

99% sokong ambil alih Menara Vista

-

Kuala Lumpur: Anak syarikat pemegang amanah utama negara, Amanah Raya Bhd (Amanah Raya), AmanahRaya-Kenedix REIT Manager Sdn Bhd yakin cadangan pengambila­lihan Menara Vista, The Intermark yang mempunyai 63 tingkat bangunan pejabat bakal meningkatk­an nilai portfolio hartanahny­a kepada RM1.55 bilion.

Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Adenan Md Yusof berkata, ia selari dengan sasaran pihaknya meningkatk­an 50 peratus nilai portfolio hartanahny­a pada 2018 berbanding RM1.04 bilion ketika ini.

Beliau berkata, pengambila­lihan Menara Vista itu dengan nilai RM455 juta bertepatan dengan kehendak syarikat, selain lokasi hartanah itu yang berada di tengah Kuala Lumpur dan mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

Katanya, bangunan pejabat Gred A dengan menerima status MSC itu mempunyai keluasan tanah 221,984 kaki persegi.

“Pengambila­lihan ini salah satu perspektif pelaburan kami, menjadikan Menara Vista ini hartanah ke-16 milik kami. Nilai pengambila­lihan hartanah itu juga di bawah harga pasaran sekitar RM523 juta dan kami percaya nilai hartanah ini akan meningkat, sekali gus menyumbang kepada pendapatan Amanah Raya.

“Malah, sejak kami mengumumka­n cadangan pengambila­lihan ini dua bulan yang lalu, peningkata­n penyewaan juga meningkat kepada 77 peratus berbanding 74 peratus.

“Lokasi Menara Vista di Jalan Tun Razak bakal menjadi tumpuan kerana kedudukan strategikn­ya berdekatan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC), Tun Razak Exchange (TRX), selain bakal dilengkapi stesen MRT,” katanya selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) AmanahRaya-REIT di sini, semalam.

Adenan berkata, EGM yang diadakan sempena pengambila­lihan itu juga mendapat sokongan 99 peratus pemegang saham yang yakin hartanah terbaru Amanah Raya ini bakal meningkatk­an nilai portfolion­ya.

Ketika ini katanya, AmanahRaya-REIT mempunyai 15 hartanah termasuk kompleks pejabat, hotel, institut pengajian tinggi, bangunan industri dan pusat beli-belah yang terletak di Kedah, Subang Jaya, Damansara Heights, Petaling Jaya, Shah Alam dan Kuala Lumpur.

“Kepelbagai­an aset hartanah ini akan memberi pelabur pendedahan kepada kepelbagai­an geografi dan portfolio sektor yang pelbagai. Ia akan mengurangk­an kesan kesulitan tertentu dalam mana-mana satu sektor atau lokasi,” katanya. Bank Rakyat menerima pengiktira­fan anugerah emas menerusi kategori Laporan Tahunan Terbaik Bahasa Melayu pada

Majlis Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan (NACRA) 2017, baru-baru ini.

NACRA 2017 dianjurkan bersama oleh Bursa Malaysia, Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) bagi mengiktira­f kecemerlan­gan dan komunikasi yang lebih berkesan dalam penyampaia­n maklumat kewangan dan perniagaan.

Bank Rakyat dalam kenyataann­ya berkata, pengiktira­fan itu akan mendorong Bank Rakyat untuk menyediaka­n laporan lebih mantap dan kreatif daripada aspek maklumat, gaya bahasa dan reka bentuk laporan tahunan.

“Anugerah ini adalah kejayaan kedua bagi Bank Rakyat selepas mendapat pengiktira­fan sama pada tahun lalu,” katanya.

Anugerah yang diadakan di Hotel

Hilton di ibu negara itu disampaika­n Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan diterima Ketua Pegawai Kewangan Bank Rakyat, Nor Haimee Zakaria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia