Harian Metro

20 minit 12 Beetle

Kenderaan edisi terhad VPCM laris dalam tempoh singkat menerusi platform Lazada

- Nabil Basaruddin am@hmetro.com.my

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mencatatka­n sejarah tersendiri dalam industri automotif apabila menjual 12 unit kenderaan Beetle edisi terhad dalam hanya tempoh 20 minit di platform e-dagang, Lazada.

Pengarah Urusannya Erik Winter berkata, setiap unit Beetle dijual pada harga runcit RM112,112 dibeli dan unit pertama yang dijual adalah 26 saat selepas tengah malam.

Beliau berkata, VPCM bekerjasam­a dengan Lazada dalam menawarkan rakyat Malaysia Volkswagen Beetle edisi terhad pada jualan mega Revolusi Online Lazada yang bermula pada 12 hingga 14 Disember ini.

“Kami berbangga dan teruja untuk melepasi jualan dalam segmen ini dan ia menjadi sejarah dengan kerjasama bersama Lazada yang menyaksika­n 12 kereta dijual dalam tempoh singkat. “Kejayaan ini sekali gus membuktika­n bahawa penerimaan rakyat Malaysia begitu baik apabila berkaitan beli-belah dalam talian,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dua reka bentuk edisi terhad turut ditawarkan iaitu Herbie 53 dengan warna Pure White dan White Silver manakala model Hot Bug didatangka­n dengan warna Tornado Red.

Bagi menjamin pembelian unit yang ditempah, pelanggan hanya perlu membuat pembelian Kit Selamat Datang eksklusif di Lazada pada harga RM5,000 iaitu dua kali ganda daripada yuran tempahan pra-pembayaran.

Selain itu, Beetle edisi terhad itu juga disediakan dengan lima tahun jaminan pengilang dan lima tahun jaminan bantuan atas jalan.

 ??  ?? WINTER (kiri) bersama model kereta Beetle yang dijual di Lazada.
WINTER (kiri) bersama model kereta Beetle yang dijual di Lazada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia