Harian Metro

TOMBAK JULUR BELAKANG

- Daily Mail

 Lelaki parah ditusuk lembing dibaling menerusi tingkap kereta

Seorang lelaki di timur China dikejarkan ke hospital selepas tertusuk tombak sepanjang dua meter ketika duduk di dalam sebuah kereta.

Tombak itu dipercayai dibaling ke arahnya menerusi tingkap kenderaan.

Kejadian berlaku 8 Disember lalu di wilayah Anhui dan polis kini menyiasat sama ada ia satu kemalangan atau serangan yang terancang dan disengajak­an.

Menurut sumber tidak diketahui, dia ternampak seseorang membaling tombak itu ke arah kereta yang dinaiki mangsa.

Mangsa segera dikejarkan ke Hospital Awam Huangshan di wilayah Anhui sejurus kejadian bagi mendapatka­n rawatan kecemasan.

Pemeriksaa­n ke atasnya mendapati kepala tombak itu tersekat di bahagian atas perutnya.

Rakaman video dari hospital menunjukka­n lelaki terbabit baring dalam keadaan meniarap kerana tombak itu tersembul keluar dari belakangny­a.

Susulan kecederaan dialami agak serius, doktor tidak terus mengeluark­an tembok berkenaan kerana bimbang mengakibat­kan pendarahan lebih teruk.

Sebaliknya, doktor mengerat hujung tombak sebelum memindahka­n mangsa ke hospital lain yang mempunyai peralatan perubatan lebih canggih.

Tombak itu senjata tradisiona­l seperti digunakan pahlawan empayar China terdahulu.

 ??  ??
 ??  ?? MANGSA terpaksa meniarap kerana hujung tombak terjulur dari belakangny­a. - Daily Mail
MANGSA terpaksa meniarap kerana hujung tombak terjulur dari belakangny­a. - Daily Mail
 ??  ?? KEADAAN kereta dinaiki mangsa. - Daily Mail
KEADAAN kereta dinaiki mangsa. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia