Harian Metro

Kerat curi bayi

Wanita mengaku bunuh jiran hamil, rampas anak dikandung

-

Seorang wanita mengaku bersalah membunuh dan mengerat perut jirannya yang hamil untuk mengambil bayi dikandung mangsa.

Brooke Crews, berdepan hukuman penjara seumur hidup kerana merancang menculik, membunuh dan menipu pegawai undang-undang berhubung kematian Savanna Greywind, 22.

Teman lelakinya, William Hoehn, 32, mengaku tidak bersalah terhadap jenayah itu dan dijangka dibicaraka­n Mac depan.

Peguam Brooke, Steven Mottinger berkata, pengakuan bersalah itu sedikit sebanyak membantu anak guamnya merayu dikurangka­n hukuman maksimum penjara seumur hidup tanpa parol.

Savanna hamil lapan bulan apabila perutnya dikerat dalam kejadian 19 Ogos lalu sebelum mayatnya yang dibalut plastik ditemui dua pemain kayak di Red River pada 27 Ogos.

Brooke tidak menceritak­an dengan terperinci cara Savanna dibunuh, namun Ketua Polis Fargo, Dave Todd berkata, kematianny­a amat kejam.

Tertuduh pada awalnya mendakwa Savanna menyerahka­n bayi perempuan berkenaan kepadanya, tetapi Hoehn menceritak­an sebaliknya.

Menurut Hoehn, dia pulang ke rumah pada 19 Ogos lalu dan mendapati Brooke membersihk­an kesan darah di bilik air mereka.

Brooke kemudian menunjukka­n bayi berkenaan kepadanya dan berkata: “Ini bayi kita. Ini keluarga kita.”

Bayi itu kini dalam jagaan bapa kandungnya yang juga teman lelaki mangsa, Ashton Matheny.

 ??  ?? BAYI mangsa kini dijaga teman lelaki Savanna. - Daily Mail
BAYI mangsa kini dijaga teman lelaki Savanna. - Daily Mail
 ??  ?? SAVANNA
SAVANNA
 ??  ?? BROOKE
BROOKE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia